• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Ada Apa Dengan Saham Uber?

in Saham Global
A A
Ada Apa Dengan Saham Uber?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Ada di kalangan pembaca yang sempat merasa menggunakan perkhidmatan Uber di Malaysia? 

Jika kini Grab telah menjadi pemain utama dalam menyediakan perkhidmatan perkongsian kenderaan ataupun lebih dikenali sebagai e-hailing, tahukah anda sebelum ini Uber juga antara yang terawal menyediakan perkhidmatan ini di Malaysia?

Pada tahun 2018, Grab telah mengumumkan pengambil alihan operasi Uber Asia Tenggara secara rasmi daripada Uber Technologies Inc. Sejak itu, sebab itulah Uber tidak lagi kelihatan di atas jalan raya di negara ini.

Perjanjian itu akan menyaksikan Grab melaksanakan integrasi dengan perniagaan perkongsian perjalanan dan penghantaran makanan Uber di rantau ini melalui platform pengangkutan.

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Sumber: Grab sah ambil alih perniagaan Uber di Asia Tenggara – Uber kekalkan 27.5% pegangan kepentingan

Gambar: The Straits Times m

Antara kelebihan perkhidmatan ini adalah orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan ini di mana-mana sahaja.

Tidak dinafikan perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Uber, Grab dan lain-lain telah merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat. Ia juga memberi peluang pekerjaan kepada golongan yang ingin mencari pendapatan sampingan serta kepada golongan yang ingin mencari pekerjaan yang fleksibel dari segi masa pekerjaannya.

Baca: Kisah Kejayaan Travis Kalanick – Pengasas Uber

Harga IPO Uber

Uber Technologies Inc ($UBER) disenaraikan pada 10 Mei 2019. Harga IPO Uber dinilaikan pada US$45 sesaham semasa IPO. Pada ketika itu, Uber dijangka menjadi satu daripada IPO teknologi terbesar sepanjang masa kerana dijangka menjana US$10 bilion daripada cadangan tawaran awam permulaannya (IPO). 

Namun, Uber ditutup rendah pada hari pertama penyenaraiannya. Uber ditutup pada harga US$42 dan susut sebanyak 7%. 

Sumber: CNBC

Berapa Harga Saham Uber Hari Ini? 

Setakat 3 Oktober 2022, harga saham Uber didagangkan pada US$44.51. Mengikut carta teknikal, selepas mengalami kejatuhan harga pada tahun lepas, harga saham Uber mula membuat kenaikan pada Mei 2023, namun setakat bulan September 2023 harga saham masih berlegar-legar antara US$43-US$48.

Harga terendah pernah dicatat Uber iaitu pada US$13.71, pada 16 Mac 2020. Jatuh hampir 70% daripada harga IPOnya.

Apa Yang Terjadi Pada Saham Uber?

Sumber: TradingView

Harga saham Uber pernah naik lebih tinggi daripada IPOnya pada awal tahun 2021.

Walaupun Uber memiliki satu jenama yang gah, tetapi sebenarnya prestasi kewangannya tidaklah begitu baik.

Selepas penyenaraiannya pada pertengahan tahun 2019, Uber terkesan dengan teruk pada tahun 2020 setelah wabak Covid-19 melanda seluruh dunia. Pergerakan orang ramai yang terhad menjejaskan pendapatan syarikat dan turut menyebabkan kerugian besar pada tahun tersebut. 

Sumber: Investing.com

Bagi suku tahunan yang berakhir 30 Jun 2023, perolehan Uber telah meningkat daripada US$8.07 bilion kepada US$9.23 bilion.

Manakalah pendapatan bersih Uber untuk suku ketiga berakhir pada 30 Jun 2023 adalah $0.394 bilion, dengan penurunan sebanyak 115.15% berbanding tahun sebelumnya. 

Namun, margin keuntungan bersih syarikat pula berada pada paras negatif, iaitu -1.07%. 

Setakat ini, Uber mencatatkan pendapatan operasi dan aliran tunai bebas masing-masing sebanyak US$326 juta dan $1.1 bilion dalam suku terkini (suku kedua 2023 berakhir pada 30 Jun). Bagi peminat Uber, ini adalah satu tanda bahawa syarikat ini mampu pulih dari segi kewangan.

Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Kewangan Uber

Terdapat pelbagai faktor yang mampu mempengaruhi kepada prestasi kewangan Uber. Pertama adalah inflasi. 

Inflasi yang sedang membelenggu masyarakat seluruh dunia sudah tentu memberi kesan terhadap Uber. Kekurangan pemandu Uber disebabkan ramai pemandu yang berhenti meneruskan pekerjaan ini kerana lonjakan harga gas bagi kenderaan. 

Harga gas yang meningkat dengan banyak juga memaksa purata tambang Uber turut meningkat. Seterusnya ini memberi kesan kepada jumlah pengguna yang menggunakan platform dan menjejaskan bilangan perjalanan yang digunakan pengguna.

Kedua, pelabur juga mula mengurangkan pelaburan terhadap syarikat yang mempunyai pertumbuhan yang tinggi serta syarikat yang sedang rugi. Kadar faedah (interest) yang tinggi juga menjejaskan Uber. 

Terdapat juga kebimbangan bahawa ekonomi bakal menuju ke arah kemelesetan, yang seterusnya boleh menjejaskan permintaan bagi perkhidmatan pengangkutan, penghantaran dan logistik Uber yang banyak dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi yang luas. 

Status Syariah Saham Uber

Menurut CGS-CIMB, saham Uber adalah berstatus patuh syariah.

Sumber: CGS-CIMB

Baca juga: Nak Buka Akaun CDS Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Tags: uberWall Street
Share266ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

6 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

6 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

6 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In