“Yang masih tak jual sekarang sudah balik modal!”
Seperti yang kita tahu, tidak semua IPO yang diterbitkan akan menjadikan kenaikan pada hari pertama dagangan berbanding harga tawaran.
Pada bulan Jun lepas, ada tiga IPO yang gagal diterbitkan lebih tinggi daripada harga tawarannya. IPO tersebut adalah seperti:-
- DXN Holding Berhad
- Radium Development Berhad
- Synergy House Berhad
Daripada IPO-IPO yang dibuka rendah daripada harga tawaran di atas, ada antara mereka yang telah membuat kebangkitan! Mari teruskan membaca.
DXN Kini Lebih Tinggi Daripada Harga Tawaran RM0.70
IPO DXN gagal dibuka tinggi berbanding harga tawaranya pada hari pertama dagangan. IPO ini dibuka pada RM0.69 seunit pada hari pertama dagangan sebelum jatuh lebih teruk pada hari berikutnya.
Namun, pada 23 Jun 2023 yang lepas, harga IPO ini melonjak dan membuat breakout buat pertama kalinya. Ketika artikel ini ditulis (Julia 2023), harga IPO ini sedang berada sekitar RM0.720.
Pelabur IPO yang tersangkut sudah boleh dapatkan modal semula.
Synergy Membentuk Marubozu Dan Breakout!
Tidak ketinggalan, IPO Synergy yang ditawarkan pada harga RM0.43 juga gagal untuk dibuka lebih tinggi pada hari pertama dagangan. IPO ini dibuka rendah pada RM0.38 seunit sebelum harganya jatuh lebih teruk pada hari-hari berikutnya.
Pada 22 Jun 2023 IPO ini telah membuat breakout dan hari berikutnya IPO ini telah mencecah kembali kepada harga tawaranya pada RM0.430 seunit. Cukup-cukup untuk cover modal pelabur IPO yang terciduk.
Ketika artikel ditulis, harga saham Synergy berlegar-legar pada paras RM 0.40 – RM 0.38. Rasa-rasa ada peluang naik lagi?
Radium Masih Gagal Kembali Kepada Harga Tawaran
Sumber: TradingView
Walaupun IPO-IPO yang kecundang hari pertama yang lain mula menunjukan tanda positif, tetapi perkara tersebut tidak berlaku kepada saham syarikat Radium.
Harga tawaran IPO ini adalah RM0.50 seunit, dan ketika artikel ini ditulis, harga IPO ini adalah sekitar RM0.375- RM0.360 seunit sahaja.
DXN Dan Synergy Mendapat Sambutan Ketika Ringgit Melemah?
Jika kita merujuk kepada prospektus Synergy ini, kebanyakan jualan syarikat ini adalah kepada negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Arab Saudi.
Jualan dalam negara hanya sekitar 5.3% sahaja berbanding 42% di United Kingdom dan 39% di Amerika Syarikat.
Kemungkinan sebab ringgit melemah, permintaan produk daripada syarikat ini meningkat?
Begitu juga dengan hasil jualan syarikat DXN ini, jualan di Malaysia hanyalah sekitar 5% hingga 6% sahaja berbanding jualan syarikat ini di negara lain seperti Peru 25.8%, Bolivia 25.8% an negara-negara lain yang lebih besar nilai jualannya berbanding di Malaysia.
Atas sebab ringgit merana, adakah permintaan syarikat ini meningkat atas faktor ini?
Mampukah IPO-IPO Ini Terbang Seperti Wellspire?
Jika kita lihat carta Wellspire ini, selepas breakout, harganya terbang melayang dan ketika artikel ini ditulis, harga seunit saham Weelspire adalah sekitar RM0.72-RM0.80 seunit.
Mampukah saham-saham IPO yang membuat breakout baru-baru ini mengikut jejak saham Wellspire ini? Sama-sama kita nantikan.
Penafian: Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Artikel ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.
Baca juga: Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Guna CGS-CIMB iTrade
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




