Para penganalisis secara umumnya diketahui pelabur sebagai pihak yang bertanggungjawab menganalisis pasaran, sektor, industri serta syarikat-syarikat tersenarai. Oleh itu, sebagai pakar dalam sektor masing-masing maka pelabur cenderung untuk ternanti-nantikan laporan yang ditulis oleh para penganalisis.
Setiap broker mempunyai barisan penganalisis yang hebat-hebat. Setiap hari juga pasti ada laporan yang akan ditulis oleh semua penganalisis. Pandangan yang diberikan oleh mereka amat penting bagi pelabur tidak kiralah pelabur runcit mahupun institusi kerana sedikit sebanyak dapat memberikan idea tambahan.
Pada platform CGS-CIMB, pengguna boleh mencari laporan yang disediakan oleh penganalisis di bahagian bucu atas kiri platform.
Klik sahaja butang ‘Research’ dan anda boleh memilih laporan yang hendak dirujuk.
Baca: Nak Buka Akaun CDS Dengan CGS-CIMB Dengan Percuma? Jom Ikut Tutorial Ini
Nak tahu apakah konsensus penganalisis sepanjang bulan Mei 2023? Satu laporan telah dikeluarkan pada 20 Jun 2023 oleh Bursa Malaysia mengenai konsensus para penganalisis mengenai pasaran saham Malaysia.
Secara keseluruhan pasaran, penganalisis lebih bullish ke arah tiga sektor ini iaitu sektor tenaga, pembinaan, dan kewangan. Konsensus penganalisis ini dapat memberi gambaran sektor mana yang paling mendapat perhatian oleh penganalisis.
Baca: Sektor-Sektor Di Bursa Malaysia
Sektor Tenaga
Berdasarkan data di atas, 79% daripada kesemua saranan penganalisis memberi saranan “Beli” terhadap sektor ini. Saham sektor tenaga yang paling banyak mendapat saranan adalah Yinson. Syarikat Yinson telah mendapat liputan daripada 10 penganalisis sepanjang tempoh tersebut dan menerima 100% saranan belian.
Baru-baru ini, The Star melaporkan kemampanan Yinson memacu sesuatu yang positif . Komitmen Yinson Holdings Bhd untuk mendalami teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui (RE) membuatkan penganalisis yakin tentang prospek syarikat itu.
Namun, saham Yinson berstatus tidak patuh syariah.
Sektor Pembinaan
74% daripada kesemua saranan penganalisia merupakan saranan “Beli”. Kerjaya Prospek mendapat liputan daripada 7 penganalisia sepanjang tempoh tersebut dan menerima 100% saranan belian.
Salah sebuah broker iaitu RHB Investment Bank turut menaik taraf sektor pembinaan daripada ‘neutral’ kepada ‘overweight‘.
Melihat kepada syarikat yang paling banyak mendapat liputan penganalisia iaitu Kerjaya Prospek, syarikat pembinaan ini baru sahaja meraih kontrak bernilai ratusan juta. Kontrak ini akan bermula pada 1 Ogos 2023 dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia
Baca: Kerjaya Prospek Raih Kontrak Pembangunan Perumahan Bernilai RM404.35 Juta
Status saham Kerjaya Prospek adalah patuh syariah.
Sektor Kewangan
68% daripada kesemua saranan penganalisis merupakan saranan “Beli”. Saham sektor kewangan yang paling banyak mendapat saranan belian ialah Hong Leong Financial Group dan CIMB Group Holdings.
Namun kedua-dua saham ini tidak patch syariah.
Sebagai pelabur muslim, kita boleh mencari saham patuh syariah syarikat dalam sektor yang sama dan kaji jika ada peluang pada saham tersebut.
Kesimpulan
Seperti yang telah dikongsikan di atas, tiga sektor yang paling banyak mendapat liputan penganalisis adalah sektor tenaga, pembinaan dan kewangan. Meskipun setakat ini, belum ada lagi tanda-tanda sektor ini benar-benar membuat kenaikan, mungkin sektor ini boleh diperhatikan oleh pelabur untuk mencari peluang.
Walaubagaimanapun, pelabur tetap masih perlu membuat kajian tersendiri kerana anda mungkin mempunyai pendapat sendiri serta berbeza.
Penafian: Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Artikel ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.
ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dulu semasa PKP leader-leader saham sarung tangan getah mencatat prestasi keuntungan luar biasa.
Kalau belum tahu, leader bagi saham syarikat sarung tangan getah adalah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx
Biasanya bila dah terlepas kapal, kita akan perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula seperti
• HLT
• Rubberex
• Adventa
Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…
Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.
Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)
Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.
➡️
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), teknologi, penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas) dan banyak lagi.
Dengarnya saham-saham teknologi pula akan terbang? Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…
Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
Daftar berdua dan dapatkan akses secara percuma!!!