“Meriah bulan Mei ini dengan pembukaan permohonan IPO di Bursa Malaysia”
Bulan Mei 2023 kita bukan sahaja menyaksikan dua IPO yang dibuka untuk permohonan, tetapi lima IPO yang dibuka untuk permohonan pada bulan Mei 2023.
Bulan ini juga kita melihat drama IPO yang paling hebat dengan adanya IPO pertama dibuka lebih rendah daripada harga tawaran untuk tahun 2023 dan episod terbitan IPO ditunda akibat masalah dalaman pengarah syarikat.
Buat pertama kali juga untuk beberapa tahun ini pelabur IPO yang telah memohon dibenarkan untuk menarik diri daripada permohonan tersebut.
Baca: Cara Menarik Semula Permohonan IPO Edelteq
Betul-betul drama, ini yang kita kata “Jika takut dengan risiko, usah bicara tentang IPO”.
Dalam banyak-banyak IPO yang dibuka permohonannya ini, hanya tiga daripadanya didagangkan pada bulan Mei 2023. Mari kita lihat carta 10 minit pertama IPO-IPO yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada Mei 2023.
1. Carta DXN Holding Bhd
DXN Holding Berhad ditawarkan pada harga RM0.76 seunit. Tepat pada jam 9 pagi 19 Mei 2023, harga saham ini dibuka lebih rendah daripada harga tawarannya iaitu pada RM0.690 dan terus menjunam jatuh untuk 3 minit pertama.
Pada minit ketiga, kelihatan harga saham ini mencuba untuk membuat kenaikan semula namun rintangan harga RM0.690 gagal dilepasi sehingga minit kelapan.
Pada minit kesembilan harga saham ini membuat tujahan dan membuat kenaikan tertingginya pada minit kesepuluh apabila harga saham ini berada pada paras RM0.705 seunit. Merupakan harga tertinggi saham ini ketika artikel ini ditulis.
2. Carta Cloudpoint Technology Berhad
IPO syarikat Cloudpoint Technology Berhad ditawaran pada harga RM0.38 seunit dan telah terlebih langganan sehingga hampir 113 kali ganda. Oleh sebab ini, ramai yang menjangkakan IPO ini akan terbang hingga limit up!
Harga IPO ini dibuka tinggi pada paras RM0.750 seunit, namun tiga minit pertama harga IPO ini terus menerus menjunam dan mencecah harga terendah pada paras RM0.450 sebelum naik semula dan ditutup tinggi sedikit di paras RM0.510.
Pada minit keempat dan seterusnya, IPO ini dilihat membuat tapak pada paras sekitar RM0.510 ke RM0.515.
3. Carta Radium Development Berhad
IPO syarikat Radium Development Berhad ditawarkan pada harga RM0.50 seunit dan IPO ini telah diberikan kepada semua pemohon yang memohon IPO ini.
Pada harga dagangan, IPO ini dibuka pada paras RM0.350. Kejatuhan sebanyak 30% daripada harga yang ditawarkan. Menggigil siapa yang dapat banyak IPO ini banyak-banyak.
Kemudian pada minit ketiga hingga minit kelima, harga IPO ini mula membuat kenaikan ke paras RM0.410 dan bertahan hingga minit ketujuh sebelum harganya kembali menurun sehingga minit kesepuluh.
Realiti Pelaburan IPO
Jika sebelum ini kita asyik melihat IPO yang untung sahaja pada hari pertama dagangan terutamanya pada tahun 2023, kali ini sudah ada IPO yang dibuka lebih rendah daripada harga tawaran.
Sebab itu sebelum melabur, kajian terhadap apa yang kita nak labur itu sangat penting. Jika tak semua saham kita boleh beli, begitu juga dengan IPO.
Bukan semua IPO akan naik pada hari pertama dagangan. Kepada yang rugi pada hari pertama dagangan, anda belajar sesuatu?
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




