• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Memohon IPO Cloudpoint

in Asas Saham
A A
10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Memohon IPO Cloudpoint
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Baru-baru ini semakan keputusan IPO Cloudpoint telah pun dibuka di laman sesawang MITI. 

Dengarnya tak ramai yang berjaya dapat IPO Cloudpoint Technology Berhad daripada MITI

Sumber: Saham Online MITI

Adakah anda juga tidak berjaya? Usahlah terlampau bersedih kerana penulis juga senasib dengan anda. Untuk Cloudpoint ini sememangnya tidak dapat dinafikan yang persaingan yang amat sengit untuk dapat IPO tersebut. 

Sumber: Saham Online MITI

Baca: Prestasi IPO Untuk Suku Pertama Tahun 2023

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Walaubagaimanapun usah risau kerana permohonan IPO Cloudpoint Technology Berhad telahpun dibuka pula di bank. Ini mungkin peluang kedua kepada para pelabur untuk sekali lagi mencuba memohon IPO.

Baca: Tutorial Cara Mohon IPO Menggunakan CIMB Clicks dan Tutorial Cara Mohon IPO Menggunakan Maybank2u

Seperti infografik di atas, harga IPO Cloudpoint ditawarkan pada RM0.38 seunit. IPO ini akan didagangkan di Pasaran ACE. 

Kami sarankan anda mengambil peluang ini secepat mungkin kerana tarikh tutup permohonan IPO Cloudpoint adalah pada 15 Mei 2023. Cabutan undian akan dibuat pada 18 Mei 2023 dan seterusnya Cloudpoint akan disenaraikan pada 29 Mei 2023.

Apa yang paling penting dan menarik adalah IPO ini berstatus patuh syariah.

1. Bakal Terbitkan Lebih Daripada 106.32 Juta Saham

Sumber: Prospektus

Daripada 106.32 juta unit saham ini, 26.58 juta ditawarkan kepada pelabur awam, 13.29 juta kepada pengarah serta staf syarikat yang layak dan 66.45 juta ditawarkan kepada pelabur Bumiputera terpilih melalui private placement.

2. Lebih 15.10 % Peruntukan Saham Khas Untuk Bumiputera

Sumber: Prospektus

Daripada kesemua jumlah peruntukan unit untuk pelabur runcit, terdapat 15.1% saham tersebut yang diperuntukkan khas untuk bumiputera dan selebihnya untuk pelabur bukan Bumiputera.

3. Pengasas

Sejarah syarikat bermula pada tahun 2003 apabila CSSB diasaskan oleh ketua pegawai eksekutif (CEO) semasa iaitu Choong Wai Hoong dan Kuak Mee Ing di bawah nama DDI System Sdn Bhd. Pada awal perniagaan, perkhidmatan yang disediakan adalah penyelesaian rangkaian perusahaan dan perkhidmatan pakar teknologi maklumat (IT). 

4. Perniagaan Syarikat

Bagi yang belum tahu, Cloudpoint sebenarnya merupakan syarikat penyediaan penyelesaian IT yang terdiri daripada rangkaian perusahaan dan pusat data, dan penyelesaian keselamatan siber serta perkhidmatan professional IT. 

Pada zaman era globalisasi ini, teknologi seperti artificial intelligence (AI) dan machine learning amat penting bagi manusia sejagat. Kebanyakan kerja telah diambil alih oleh robot dan teknologi. Tenaga manusia pula semakin lama bakal diambil alih oleh teknologi. Perniagaan Cloudpoint dilihat sedang ke arah teknologi yang bersifat futuristik.  

Cloudpoint turut mempunyai kerjasama dengan syarikat-syarikat terkemuka dunia seperti Amazon, CISCO, Huawei, McAfee dan banyak lagi. Anda pastinya mengenali beberapa syarikat di bawah. 

Sumber: Cloudpoint

5. Objektif IPO

Tujuan Cloudpoint membuat keputusan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia adalah:

  • Membolehkan kumpulan syarikat mengumpul dana
  • Meningkatkan reputasi syarikat, mengekalkan pekerja sedia ada dan menarik lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat
  • Memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada syarikat
  • Memanfaatkan pasaran modal ekuiti untuk menjana dana tambahan di masa hadapan dan memberikan fleksibiliti kewangan untuk mengejar peluang pertumbuhan

6. Dana Daripada IPO Akan Digunakan Untuk Apa?

Bahagian ini merupakan bahagian terpenting di dalam prospektus. Pelabur pastinya ingin tahu dana ini nanti akan digunakan untuk tujuan apa.

Dana yang diraih daripada para pelabur nanti akan digunakan untuk:

  • Mengembangkan perniagaan
  • Memindahkan pejabat korporat
  • Modal kerja
  • Kos penyenaraian

Antara perkara yang dilihat positif daripada penggunaan hasil dana IPO Cloudpoint adalah sebahagian besar dana akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan dan sebagai modal kerja. Tambahan pula, dana IPO ini tidak akan digunakan untuk membayar hutang serta sebarang pinjaman.

7. Pendapatan Syarikat

Pendapatan (revenue) dan keuntungan selepas cukai (PAT) Cloudpoint sangat positif bagi 4 tahun terkini sejak dari tahun 2019 sehingga 2022. 

Bagi sebuah syarikat yang bakal IPO, pelabur akan merasa yakin terhadap syarikat kerana kemampuan untuk menunjukkan pertumbuhan positif secara konsisten.

8. Kekuatan Syarikat

  • Cloudpoint mempunyai rekod yang baik memberi servis kepada institusi kewangan, insuran dan industri telekomunikasi di Malaysia
  • Mempunyai rangkaian servis yang pelbagai membolehkan  syarikat menjual produk dan perkhidmatan yang lain kepada pelanggan yang sama
  • Mempunyai hubungan yang baik dengan vendor serta pembekal
  • Memiliki pihak pengurusan yang berpengalaman luas dan pasukan teknikal yang berkemahiran tinggi

9. Status Syariah

Berita baik buat pelabur Muslim, IPO Cloudpoint berstatus patuh syariah seperti yang telah disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah Malaysia.

10. Polisi Dividen

Berdasarkan prospektus, syarikat ini tidak mempunyai polisi dividen yang rasmi. Cloudpoint mempunyai keinginan untuk memberi dividen kepada pemegang saham di masa hadapan. Walaubagaimanapun, pembayaran dividen ini akan bergantung kepada beberapa faktor seperti prestasi kewangan syarikat dan keperluan perbelanjaan modal.

Baca: Berapa Tinggi Harga IPO Boleh Naik Pada Hari Pertama?

Sumber: Prospektus


Tags: Bursa MalaysiacloudpointIPO
Share703ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

9 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In