“Bila carta berbicara, anda biarkan sahaja atau bertindak segera?”
Fenomena Initial Public Offering (IPO) kini semakin hangat dalam kalangan pelabur Malaysia bila banyak IPO-IPO yang didagangkan mendapat sambutan luar biasa. Untuk IPO yang disenaraikan pada bulan Januari 2023 sahaja, keputusan langganan IPO tersebut semuanya mengalami lebihan langganan.
Tujuh IPO yang didagangkan sepanjang Januari 2023 ini juga semuanya dibuka lebih tinggi daripada harga tawaran IPO tersebut. Mereka yang bertuah mendapat IPO ini, semuanya tersenyum lebar pada hari dagangan.

Artikel kali ini kita akan melihat beberapa carta 10 minit pertama IPO-IPO yang diterbitkan sepanjang bulan Januari 2023 menggunakan carta satu minit.
Nationgate Holdings Berhad
Nationgate Holdings Berhad merupakan syarikat teknologi yang baharu sahaja disenaraikan di Bursa Malaysia pada 12 Januari 2023. Harga tawaran IPO ini adalah sebanyak RM0.38 seunit dan telah dibuka pada RM0.81 pada hari pertama dagangannya.
Mari kita lihat 10 minit pertama carta saham ini didagangkan di Bursa Malaysia.
Melihat carta diatas, tiga minit pertama saham ini membuat kenaikan yang berterusan sebelum harga saham ini mendatar pada minit keempat hingga minit ketujuh.
Pada minit kelapan pula harga saham ini membuat kenaikan dan membuat breakout dan terus membuat kenaikan pada minit-minit berikutnya.
TT Vision Holdings Berhad
TT Vision Holdings Berhad juga satu lagi syarikat dalam sektor teknologi yang didagangkan pada 18 Januari 2023. Harga tawaran IPO ini adalah RM0.34 unit dan dibuka terus RM1.49 seunit.
Tetapi carta 10 minit pertama saham ini berbeza dengan Nationgate Holdings Berhad. Sama-sama kita saksikan.
Pada minit pertama dagangan, harga saham ini dibuka tinggi sebelum jatuh dengan banyak dan kemudian naik semula dalam minit yang sama. Selepas itu, untuk minit kedua dan ketiga, harga saham ini membuat kenaikan sebelum membuat tanda reversal pada minit kelima.
Selepas minit kelima, harga saham ini terus membuat kejatuhan sehingga minit kelapan dagangan sebelum melantun sedikit pada minit kesembilan dan kesepuluh.
Vestland Berhad
Vestland Berhad adalah syarikat sektor hartanah yang merupakan IPO terakhir di dagangkan pada bulan Januari 2023.
Harga tawaran IPO ini adalah RM0.33 dan dibuka pada hari pertama dagangan pada RM0.38 pada awal sesi pembukaan pasaran.
Minit pertama kedua dan ketiga harga saham ini membuat kenaikan sebelum carta reversal terbentuk pada minit keempat dan membuatkan harga jatuh pada minit seterusnya. Minit ketujuh dan seterusnya harga terus mendatar sehingga minit seterusnya.
Apa Anda Akan Buat?
Jika anda di depan screen ketika hari pertama IPO-IPO ini didagangkan, apa tindakan yang anda akan lakukan?
Adakah anda akan beli pada 10 minit pertama dagangan atau anda lebih selesa untuk membuat keputusan berdasarkan carta harian sahaja?
Ingat, jika ilmu tidak cukup di dada, jangan sesekali mencuba kedalaman lautan pasaran saham. Takut tenggelam tidak timbul pula nanti.
Melaburlah dengan ilmu agar pelaburan anda tidak melebur.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!