Tahun 2022 merupakan tahun yang agak cemerlang bagi kebanyakan IPO yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Kebanyakan IPO berjaya didagangkan pada harga premium sebaik sahaja disenaraikan pada hari pertama. Bagi pelabur yang berjaya mendapat IPO tersebut dan menjualnya pada hari pertama pun sudah berjaya mendapat pulangan yang baik.
Baca: Senarai IPO Terbesar Dalam Sejarah
Tahukah anda sepanjang tempoh daripada 1 Januari sehingga 5 Disember 2022 terdapat sebanyak 1,333 IPO telah berjaya disenaraikan di seluruh dunia.
Sumber: The Star
Bagaimana Pula Dengan IPO Di Bursa Malaysia?
Setakat 17 Disember 2022, sejumlah 35 IPO telah berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2022.
Ada 3 lagi tambahan syarikat yang permohonan IPOnya dibuka pada bulan Disember namun hanya akan disenaraikan pada Januari 2023.
Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan kepada anda 3 IPO terbaik tahun 2022. Adakah anda juga salah seorang pelabur IPO yang telah membuat keuntungan daripada IPO dalam artikel ini?
Tahniah buat anda.
Jom Tengok 3 IPO Terbaik Tahun 2022
1. ECA Integrated Solution Berhad (ECA): 282.4%

Penyedia perkhidmatan pembuatan automatik, ECA Integrated Solution Bhd (ECA) membuat penampilan sulung yang kukuh di Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Bhd pada RM0.65, premium 282.4 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) 17 sen.
| Harga IPO | RM 0.17 |
| Harga pembukaan hari pertama | RM0.65 |
| Harga penutup hari pertama | RM0.755 |
| Peratus kenaikan pada penutup hari pertama | +344.12% |
| Status Syariah | Tidak patuh syariah |
2. Agmo Holdings Berhad (AGMO) : 207.7%

Agmo Holdings Bhd (Agmo) memulakan penampilan sulung yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada harga RM0.800, mencatatkan premium sebanyak 54 sen; 207.7 peratus lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 26 sen.
Agmo Holdings Berhad merupakan pakar penyelesaian digital dan pembangunan aplikasi. Susulan penyenaraian syarikat tersebut, fokus Agmo adalah untuk melaksanakan pelan pengembangan iaitu menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan, bahagian pemasaran jualan, perkhidmatan sokongan, pusat latihan dan pembangunan serta pengembangan ke Singapura.
| Harga IPO | RM0.26 |
| Harga pembukaan hari pertamad5ecfad5ecfa | RM0.800 |
| Peratus kenaikan pada penutup hari pertama | +201.92% |
| Status Syariah | Patuh syariah |
3. SFP Tech Holdings Berhad (SFPTECH) : 100.00%
SFP Tech Holdings Berhad (Sfptech) memulakan penampilan sulung yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada harga RM0.60, mencatatkan premium sebanyak 30 sen; 100 peratus lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 30 sen.
SFP Tech Holdings Berhad merupakan penyedia penyelesaian kejuruteraan dan automasi bersepadu sehenti.
| Harga IPO | RM0.30 |
| Harga pembukaan hari pertama | RM0.60 |
| Harga penutup hari pertama | RM0.67 |
| Peratus kenaikan pada penutup hari pertama | 123.33% |
| Status Syariah | Patuh syariah |
Apabila kita memohon IPO, tidak semestinya kita akan mendapat IPO tersebut. Permohonan IPO akan melalui proses undian atau balloting. Nak tips mudah lulus permohonan IPO di Malaysia?
Baca: Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia
Kesimpulannya, jika anda masih tidak mempunyai kemahiran untuk melabur atau berdagang saham di pasaran saham, IPO boleh menjadi pilihan anda untuk mulakan langkah pertama anda.
Pelaburan Dalam IPO Sebenarnya Tidak Serumit Yang Disangka
Sekiranya anda ingin menjadikan tahun 2023 sebagai tahun untuk anda mula melabur dalam IPO, kami cadangkan anda untuk baca artikel di bawah. Semoga berjaya!
Baca: Cara Nak Bersedia Awal Untuk IPO Seterusnya
Baca juga: Rahsia Buat Keuntungan Dengan Membeli IPO




