“Ada beberapa syarikat yang memberikan dividen khas yang lumayan kepada pelabur mereka”
Untuk tahun 2022, kita juga tahu bahawa suasana pasaran saham baik dalam dan luar negara berada dalam keadaan yang tidak menentu disumbang dengan faktor-faktor tertentu seperti kenaikan kadar faedah semalam, peperangan antara Rusia dan Ukraine dan pelbagai lagi.
Dalam pelaburan saham ini pula, kita tahu selain meraih keuntungan daripada capital gain, kita juga boleh meraih keuntungan melalui pulangan dividen.
Tetapi bukan semua syarikat di Malaysia yang diapungkan wajib untuk memberikan dividen kepada pelabur mereka. Ianya terpulang kepada tadbir urus dan keputusan pihak pengurusan itu sendiri.
Dividen ini pula boleh dilihat daripada dua sudut, iaitu jumlah dividen per unit dan juga kadar pulangan dividen atau dikenali sebagai Dividend Yield.
Dividend Yield inilah yang kita gunakan untuk membandingkan pemberian dividen antara satu syarikat dengan syarikat yang lain. Formulanya adalah seperti berikut.
Untuk artikel kali ini, mari kita lihat lima syarikat saham patuh syariah yang memberikan Dividend Yield tertinggi untuk tahun 2022 dengan membandingkan dividen per unit dan harga terakhir saham berkenaan pada 23 Disember 2022.
1. Dividend Yield Sebanyak 371% Daripada SCGM Berhad
SCGM Berhad merupakan syarikat pembungkusan yang disenariakan di pasaran utama dengan modal pasaran sekitar RM99.7 juta.
Syarikat ini memberikan dividen sebanyak lima kali untuk tahun 2022 dan daripada lima dividen yang diberikan tersebut, satu daripadanya adalah dividen khas yang diberikan syarikat atas sebab penjualan aset syarikat.
Harga seunit untuk saham ini pada 23 Disember 2022 adalah sekitar RM0.515 seunit, menjadikan Dividend Yield syarikat ini melonjak sehingga 371.69%.
Tetapi ingat, harga saham ini sebelum pemberian dividen khas adalah sekitar RM2.50 seunit dan harga saham ini diselaraskan selepas pemberian dividen tersebut.
2. Dividend Yield Sebanyak 70.53% Daripada ICON Offshore Berhad
Syarikat Icon Offshore Berhad yang terlibat dalam industri kejuruteraan minyak dan gas yang mempunyai nilai pasaran sekitar RM257.0 juta.
Untuk pertama kalinya syarikat ini memberikan dividen khas kepada pelabur mereka pada bulan Disember 2022 sebanyak RM0.0670 seunit.
Dengan harga semasa ketika 23 Disember 2022 sekitar RM0.095 seunit, Dividend Yield saham ini adalah sekitar 70.53%.
3. Dividend Yield Sebanyak 49.13% Daripada Favelle Favco Berhad
Syarikat Favelle Favco Berhad juga merupakan syarikat kejuruteraan yang terlibat membekalkan perkhidmatan dalam industri minyak dan gas yang mempunyai modal pasaran sekitar RM406.2 juta.
Syarikat ini memberikan dividen sebanyak RM0.85 seunit untuk tahun 2022. Dengan harga saham semasa sekitar RM1.73, Dividend Yield adalah sekitar 49.13%.
4. Dividend Yield Sebanyak 49.02% Daripada Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad
Syarikat pengusahaan lebuhraya Malaysia, Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad yang mempunyai nilai pasaran sekitar RM276.2 juta.
Syarikat ini memberikan dividen khas sebanyak RM4.57 seunit atas jualan lebuhraya sebelum dinyah senaraikan daripada Bursa Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Dengan harga semasa pada 23 Disember 2022 iaitu sekitar RM0.51, ianya menjadikan Dividend Yield syarikat ini sekitar 49.02%. Tetapi ingat, harga sebelum pemberian dividen khas ini adalah sekitar RM5.08 seunit sebelum diselaraskan.
5. Dividend Yield Sebanyak 43.48% Daripada Syarikat Jentayu Sustainables Berhad.
Syarikat pelbagai perniagaan sektor industri ini mempunyai nilai pasaran sebanyak RM243.7 juta setakat artikel ini ditulis.
Pada tahun 2022, syarikat ini kembali membayar dividen khas setelah 6 tahun tidak memberikan dividen kepada pelabur mereka. Dividen per unit yang diberikan adalah sebanyak RM0.30.
Harga semasa saham ini didagangkan sekitar RM0.69 dan menjadikan dividend yield syarikat ini sekitar 43.48%.
Dividend Yield Tinggi Kebanyakan Daripada Dividen Khas
Jika kita perhatikan lima saham di atas, kebanyakan syarikat memberikan dividen yang tinggi ini adalah hasil pemberian dividen khas oleh syarikat berkenaan.
Dividen khas ini biasanya diberikan syarikat jika syarikat ada melupuskan aset atau pemilikan syarikat yang meraih keuntungan yang ketara.
Baca: Jenis-jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu
Tetapi pemberian dividen ini akan menyebabkan harga saham berkenaan diselaraskan. Jadi sebagai pelabur, anda perlu bijak merancang.
Baca: Lepas Dapat Dividen, Harga Jatuh. Macam Mana Nak Untung?
Penafian: Hanya saham patuh syariah dipilih untuk senarai di atas. Maklumat ini bertujuan untuk pendidikan sahaja. Kami tidak memberitahu saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan ataupun keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
Daftar berdua dan dapatkan akses secara percuma!!!