“Ingatkan dapat dividen, saham confirm untung, rupanya….”
Selama ini, kita dimaklumkan bahawa ada dua cara untuk meraih keuntungan dalam pelaburan saham iaitu dengan ‘capital gain’ dan juga dengan pendapatan dividen hasil pemilikan saham sesebuah syarikat.
Tetapi adakah benar kita meraih keuntungan daripada penerimaan dividen ini?
Persoalan ini dibangkitkan kerana setiap kali pembayaran dividen dibuat, harga saham tersebut sebenarnya akan diselaraskan semula.
Apa Maksud Harga Diselaraskan?
Harga saham diselaraskan bermaksud bahawa harga terakhir (last price) sebelum tarikh perlaksanaan (exercise date ex-date) pemberian dividen akan ditolak siap-siap dengan jumlah dividen yang bakal diberikan.
Contohnya jika harga saham sebelum ex-date dividen adalah RM1.00 seunit dan pemberian dividen adalah RM0.20 seunit, pada keesokan hari selepas ex-date, harga saham akan menjadi RM0.80 seunit.
Formulanya adalah seperti berikut,
Harga saham sebelum ex-date – Jumlah dividen = Harga yang diselaraskan
Jadi jika harga saham ini diselaraskan, apa yang untungnya?
Selama Ini Tak Perasan Pula Harga Berubah!
Perkara ini sebenarnya jarang pelabur perasan kerana kebiasaanya kebanyakan syarikat memberikan dividen dengan nilai yang kecil atau memberikan jumlah dividen yang besar tetapi secara berkala.
Oleh sebab itu pelabur tidak perasan perubahan harga saham yang dipegang kerana perubahan yang tidak ketara.
Tetapi jika ada syarikat yang memberikan jumlah dividen yang besar terutamanya syarikat yang memberikan dividen khas kepada pelabur mereka, perubahan harga ini akan menjadi sangat ketara.
Contoh Pemberian Dividen Syarikat SCGM Bhd
Jika kita lihat syarikat SCGM Bhd telah mengisytiharkan dividen khas sebanyak RM1.85 pada awal September 2022. Ketika pengisytiharan ini dibuat, harga saham SCGM ini berada pada paras atas RM2.40 seunit.
Bayangkan, saham yang berharga RM2.40 nak memberikan dividen sebanyak RM1.85 seunit. Nampak macam berbaloi bukan?
Harga sehari sebelum ex-date pula adalah RM2.46 seunit dengan dividen sebanyak RM1.85. Jadi jika ikut formula, harga saham ini akan dibuka pada RM0.61 seunit pada hari ex-date tersebut.
Jika kita rujuk carta yang belum diselaraskan di atas, nampak kejatuhan ketara harga saham ini. Tetapi jangan risau, pelabur bukannya rugi kerana akan menerima dividen pada tarikh pembayaran.
Kalau kita ikut formula, harga saham ini sepatutnya dibuka pada RM0.61 selepas diselaraskan, tetapi harga saham ini dibuka lebih tinggi pada RM0.65 seunit.
Apabila harga telah dibuka lebih tinggi, bermakna pelabur sebenarnya meraih keuntungan walaupun di dalam platform nampak seperti rugi besar.
Contoh Pemberian Dividen Syarikat Litrak
Satu lagi contoh ketara adalah syarikat lebuh raya yang bakal diswastakan semula tidak lama lagi. Syarikat ini telah mengisytiharkan dividen khas sebanyak RM4.57 sesaham pada 25 Oktober 2022.
Ketika itu, harga saham syarikat ini didagangkan sekitar RM5.00 seunit, dividen yang bakal diterima jika pelabur membeli saham ini adalah RM4.57 seunit. Wah, nampak macam untung sangat ni kan.
Jika ikut formula, harga sebelum ex-date adalah RM5.03 dan dividen yang bakal diterima adalah sebanyak RM4.57 seunit. Jadi harga yang diselaraskan sepatutnya adalah bernilai RM0.46 seunit.
Jika kita rujuk carta yang belum diselaraskan ini, harga saham ini dibuka pada RM0.50 seunit. Lebih tinggi daripada sepatutnya. Bermakna pelabur yang membeli saham ini pada harga RM5.03 atau lebih rendah, sebenarnya meraih keuntungan walaupun portfolio dalam platform anda nampak seolah-olah anda rugi besar.
Rumusan
Pelaburan dividen ini hanya akan untung jika harga saham yang telah diselaraskan membuat kenaikan selepas itu. Jika tidak, keuntungan daripada dividen tersebut akan sebenarnya hanyalah balik modal dengan penyelarasan harga selepas ex-date pemberian dividen tersebut.
Harga saham yang mahal dan memberikan dividen yang banyak bakal memberikan kesan kepada modal pasaran sesebuah syarikat tersebut dan juga memberikan impak kepada kecairan saham tersebut.
Saham yang dulunya mahal, selepas memberikan jumlah dividen yang banyak akan menjadi murah mungkin akan menarik minat pelabur runcit dan pelabur yang mempunyai modal yang terhad untuk membeli saham syarikat tersebut.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!