Menurut definisi yang dipetik daripada Investopedia, “Death Cross” ialah chart pattern di mana Moving Average jangka masa pendek bersilang dan berada di bawah Moving Average jangka masa panjang, menandakan kelemahan dalam harga saham.
Dalam kata mudah, Death Cross adalah chart pattern yang menunjukkan peralihan daripada fasa bullish kepada fasa bearish.
Antara indikator teknikal yang sering digunakan ialah Moving Average 50 (MA50) dan Moving Average 200 (MA200).
Apakah Maklumat Yang Boleh Diperolehi Daripada Death Cross?
Death Cross memberi petanda bahawa fasa bearish sudah bermula dan fasa ini boleh berlanjutan untuk satu jangka masa yang lebih panjang. Kebiasaannya para pelabur akan mula melepaskan pegangan saham masing-masing setelah Death Cross dapat dilihat pada carta.
Hal ini kerana para pelabur ingin merealisasikan keuntungan yang telah dijana ataupun ingin mengurangkan kerugian sebelum kerugian tersebut menjadi lebih besar.
Ia sedikit sebanyak membantu kita dalam membuat keputusan. Selepas ini, sekiranya anda nampak death cross pada carta, anda tahu apa yang perlu dilakukan.
Contoh Death Cross

Death Cross terjadi pada saham Hartalega pada sekitar 15 Januari 2021 yang lalu iaitu lebih dari setahun yang lalu. Pada ketika itu, MA50 telah bersilang di bawah MA200 dan persilangan tersebut menandakan Death Cross.
Setelah itu saham $HARTA sentiasa berlegar-legar di bawah garisan MA50. Sehingga kini $HARTA belum lagi berjaya menembusi MA200.
Selain Saham, Adakah Death Cross Boleh Terjadi Pada Indeks?

Setelah indeks S&P500 membuat uptrend yang cantik, Death Cross terjadi pada indeks tersebut pada sekitar 14 Mac 2022.
Setelah persilangan tersebut, MA200 dilihat menjadi rintangan kepada S&P500. Indeks Wall Street tersebut telah beberapa kali menyentuh garisan MA200 namun kemudian melantun semula ke bawah kerana gagal melepasi garisan MA200.
Death Cross vs Golden Cross
Golden Cross adalah berlawanan kepada Death Cross. Sekiranya anda telah menjual saham anda ketika Death Cross, anda boleh menunggu sehingga Golden Cross terhasil pada carta untuk membeli semula saham yang anda perhatikan. Golden Cross menandakan fasa downtrend tersebut telah kehilangan momentumnya.
Nantikan artikel mengenai Golden Cross pula ya!
Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.
Sumber:
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……