• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Senarai Saham Yang Kerap Berubah Status Syariahnya

in Saham
A A
Senarai Saham Yang Kerap Berubah Status Syariahnya
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Hati-hati kalau ada niat nak peram saham-saham ini, sebab status syariahnya kerap berubah!”

Pada 27 Mei baru-baru ini pihak Shariah Advisory Council Securities Commission Malaysia (SAC) telah mengemas kini status saham-saham patuh syariah yang didagangkan di Bursa Malaysia. Kemas kini ini dilakukan dua kali setiap tahun iaitu pada bulan May dan juga November. 

Seperti yang kita tahu, saringan untuk menentukan sesuatu saham tersebut patuh syariah adalah berdasarkan kriteria seperti:-

  • Aktiviti sesuatu perniagaan
  • Nisbah kewangan syarikat

Daripada kemas kini status saham patuh syariah tersebut, kita dapat melihat beberapa saham yang sangat popular di kalangan pelabur muslim seperti saham Revenue Group Berhad dan JF Technology Berhad kini bertukar kepada saham tidak patuh syariah. 

Untuk artikel kali ini, kami akan membawakan kepada anda saham-saham yang kerap berubah status syariahnya untuk 5 siri kemaskini status saham patuh syariah sejak Mei 2020 sehingga yang terkini iaitu pada Mei 2022. 

Antara saham-saham yang kerap berubah status syariahnya adalah seperti berikut:-

  • Anzo Holdings Berhad
  • Scomi Group Berhad
  • MTAG Group Berhad
  • REDTone Digital Bhd
  • MAG Holdings Berhad
  1. Anzo Holding Berhad
Kredit:

Saham syarikat kejuruteraan dan pembalakan, Anzo Holdings Berhad telah bertukar status daripada saham patuh syariah kepada tidak patuh syariah pada kemaskini SAC pada May 2020. 

Namun pada kemaskini senarai saham patuh syariah daripada SAC pada Mei 2021, saham ini kembali semula dalam senarai saham patuh syariah. Status ini masih kekal sehingga senarai saham patuh syariah yang terkini. 

  1. Scomi Group Berhad
Kredit:

Syarikat Scomi Group Berhad yang terlibat dalam industri minyak dan gas serta industri pengangkutan ini telah berubah status daripada saham patuh syariah kepada tidak patuh syariah pada kemaskini SAC May 2021. 

Terkini, saham ini telah dimasukkan semula dalam senarai saham patuh syariah untuk saringan daripada SAC pada Mei 2022 ini. 

  1. MTAG Group Berhad
Kredit:

Sama seperti saham Scomi Group Berhad, saham syarikat percetakan, MTAG Group Berhad juga telah disenaraikan sebagai saham tidak patuh syariah pada Mei 2021 oleh SAC. 

Pada 27 Mei 2022 ini, saham MTAG Group Berhad ini telah kembali dalam senarai saham patuh syariah untuk kemaskini Mei 2022 ini. 

  1. REDtone Digital Berhad
Kredit:

REDtone Digital Berhad yang merupakan pemilik kepada syarikat komunikasi di Malaysia ini telah disenaraikan sebagai saham patuh syariah pada Mei 2020. 

Namun status saham syarikat ini berubah kepada tidak patuh syariah pada kemaskini Mei 2021. Terkini, pada kemaskini senarai saham patuh syariah Mei 2022, saham ini kembali dalam senarai saham patuh syariah semula. 

Dalam tempoh dua tahun, sudah tiga kali status syariahnya berubah!

  1. MAG Holding Berhad
Kredit:

Syarikat yang terlibat dalam penternakan udang, MAG Holding Berhad ini telah disenaraikan sebagai saham patuh syariah pada saringan SAC pada November 2020.

Untuk kemaskini senarai saham patuh syariah terkini pada Mei 2022 daripada SAC, saham syarikat MAG Holding Berhad ini telah terkeluar daripada senarai saham patuh syariah dan masuk dalam senarai saham tidak patuh syariah. 

Hati-hati Kalau Nak Peram Lama

Sebagai pelabur yang mengutamakan pelaburan patuh syariah, anda perlu berhati-hati untuk memilih saham-saham yang kerap berubah status patuh syariahnya. 

Ini kerana jika saham yang kita beli bertukar status kepada tidak syariah, untuk menjual saham tersebut menggunakan platform pelaburan patuh syariah akan menjadi sedikit rumit. 

Ada juga platform yang terus jual saham dalam pegangan anda bila status saham tersebut bertukar status!

Baca juga: Saham Yang Ramai Beli Dulu Dah Tak Patuh Syariah. Apa Nak Buat? [Terkini 2022]

Penafian: Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Infografik ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Share420ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In