Senarai terkini status syariah saham dah keluar. Alamak! Saham yang aku pegang ni jadi tak syariah, apa nak buat?

Status syariah setiap kaunter ini ditentukan oleh panel syariah daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sendiri berdasarkan tanda aras seperti:-
- Aktiviti Perniagaan Syarikat
- Nisbah Kewangan Syarikat
Daripada tanda aras ini, syarikat perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk status saham syarikat menjadi patuh syariah.
Terkini, sebanyak 19 saham yang didagangkan di Bursa Malaysia telah terkeluar daripada senarai saham patuh syariah. Senarainya adalah seperti berikut:-

Daripada senarai saham-saham yang telah berubah status kepada tidak patuh syariah di atas, ada beberapa saham yang agak popular di kalangan pelabur seperti:-
- Econframe Bhd (EFRAME)
- JF Technology Bhd (JFTECH)
- Revenue Group Bhd (REVENUE)
- VSolar Bhd (VSOLAR)
- XOX Networks Bhd (XOXNET)
Saham-saham di atas ini antara saham yang sering dijual beli dalam pelabur tempatan. Sekarang saham-saham ini sudah tidak patuh syariah dan jika ada yang masih memegang saham-saham ini apa perlu mereka buat?
1. Jual Terus Jika Sedang Untung

Jika anda sedang untung memegang saham-saham yang dulunya syariah dan tiba-tiba statusnya bertukar menjadi tidak syariah, tindakan seterusnya adalah terus menjual semua pegangan anda tadi.
Keuntungan anda tadi adalah halal untuk anda gunakan kerana anda melabur ketika saham tersebut berstatus patuh syariah. Tetapi pastikan anda menjual sebaik sahaja saham tersebut bertukar status.
2. Boleh Simpan Jika Sedang Rugi

Jika anda sedang memegang saham-saham yang baru bertukar status kepada tidak patuh syariah dan sedang rugi, anda sebenarnya dibenarkan untuk simpan saham tersebut sehingga balik modal sebelum menjualnya kembali.
Anda hanya dibenarkan untuk mendapatkan semula modal pelaburan anda dan dilarang sama sekali untuk meraih sebarang keuntungan daripada saham tersebut.
Itu adalah antara pilihan yang pelabur boleh buat jika saham pegangan mereka berubah status daripada patuh syariah kepada tidak patuh syariah.
Semoga keuntungan pelaburan anda semua adalah keuntungan yang berkat.
Nak tahu bagaimana saham itu boleh menjadi patuh syariah? Jom tengok video ini.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->
![Saham Yang Ramai Beli Dulu Dah Tak Patuh Syariah. Apa Nak Buat? [Terkini 2022]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2022/05/210527-TheKapital-Saham-Patuh-SYariah-Mei22-750x375.png)




