Pelaburan saham tidak dapat lari dari analisis teknikal (TA). Analisis teknikal membantu pelabur dalam menentukan masa terbaik untuk membeli dan menjual sesuatu saham. Dalam lautan ilmu analisis teknikal, ribuan jenis indikator dibangunkan untuk memudahkan para pelabur membuat keputusan membeli dan menjual. Indikator boleh dikategorikan dalam beberapa kategori. Saya selalu bahagikan kepada dua kategori. Pertama, indikator asas (basic) dan kedua indikator tambahan (supplement).
Indikator asas adalah seperti Moving average, Bollinger band, MACD dan beberapa lagi. Namun begitu, Accumulation Distribution Line adalah salah satu indikator tambahan (supplement). Hal ini kerana, indikator ini tidak dapat memberikan signal membeli dan menjual dengan tepat tanpa gabungan indikator yang lain.
Baca juga: Cara Guna Indikator Pivot Dalam Pelaburan Saham
DEFINISI
Accumulation Distribution Line (ADL) adalah indikator yang berasaskan volume yang mana dicipta untuk mengukur supply dan demand dalam sesuatu saham. ADL boleh digunakan untuk menentukan sama ada pelabur sedang accumulating (membeli) atau distributing (menjual). Keadaan ini boleh ditentukan dengan plotting total money flow volume dalam sesuatu masa. ADL menunjukkan perbezaan antara volume masuk dan juga harga sebenar untuk menentukan trend semasa ataupun menjangkakan reversal di masa akan datang.

Sumber :
SEJARAH INDIKATOR ADL
Indikator ini dicipta oleh seorang stock analyst yang terkenal iaitu Marc Chaikin. Indikator ini mempunyai kaitan rapat dengan Chaikin indikator yang lain seperti Chaikin Oscillator dan Chaikin Money Flow Indikator.
CARA PENGIRAAN FORMULA INDIKATOR ADL
Accumulation/Distribution = ((Close – Low) – (High – Close)) / (High – Low) * Period Volume
Untuk memahami bagaimana indikator ini berfungsi, ianya perlu untuk dibahagikan kepada beberapa formula lain.
Formula 1 : Find the Money Flow Multiplier.
((Close – Low) – (High – Close))/(High – Low) = Money Flow Multiplier
Selepas mengira Money Flow Multipler, kita perlu pula mengira Money Flow Volume.
Formula 2 : Money Flow Multiplier * Period’s Volume = Money Flow Volume
Seperti yang disebutkan di atas ADL dikira sebagai Money Flow Volume dalam sesuatu masa. Oleh itu, selepas nilai Money Flow Volume dikira, kita boleh plot ADL dalam carta sebagai Current Money Flow Volume.
ADL = Previous ADL + Current Money Flow Volume
APA YANG PERLU DILIHAT
- TREND CONFIRMATION
ADL juga merupakan satu indikator yang boleh digunakan untuk menentukan aliran trend. Dalam masa aliran trend kuat menaik atau menurun, ADL akan selari dengan arah pergerakan harga untuk menentukan trend semasa.

Sumber :
DIVERGENCE
Divergence adalah perbezaan volume dan harga. Divergence memainkan peranan yang penting dalam menganalisa ADL. Seperti yang semua tahu, volume bergerak lebih laju daripada harga. Oleh yang demikian, jika anda melihat pergerakan volume dan harga dalam arah yang bertentangan sepatutnya perlu diambil perhatian. ADL membantu para pelabur dan pedagang untuk menentukan keadaan ini.
Bullish ADL Divergence ialah apabila ADL sedang dalam arah aliran menaik manakala harga dalam aliran menurun. ADL arah aliran meningkat menunjukkan peningkatan dalam tekanan belian (pengumpulan). Dengan mengandaikan volume mendahului harga, reversal pada harga nampaknya mungkin terjadi.

Sumber :
Divergence ADL Bearish ialah apabila ADL sedang menuju ke arah bawah manakala harga sedang meningkat. Dalam keadaan ini, ADL menandakan peningkatan dalam tekanan jualan (pengagihan), dan harga mungkin akan bertukar ke bawah tidak lama lagi.

Sumber :
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, ADL ialah penunjuk yang boleh dipercayai untuk menentukan arah pergerakan harga dan juga menjangkakan reversal yang bakal berlaku. Ini bukan sesuatu yang mudah dilakukan, jadi ADL sememangnya boleh menjadi sangat berharga. Walau bagaimanapun, dengan hanya mengetahui tekanan pembelian dan penjualan biasanya tidak mencukupi kerana ADL mempunyai kekurangan dan perlu digabungkan dengan indikator asas yang lain. Kadangkala ADL boleh menjadi tidak selari dengan harga.
Seperti yang diterangkan pada permulaan artikal, ADL adalah salah satu supplement indicator yang mana tidak begitu kuat untuk dijadikan stand-alone indikator dalam strategi pelaburan kita. Sebaiknya, meletakan beberapa indikator lain dalam strategi kita untuk meningkatkan winning rate.
Cari Masa & Harga Terbaik Beli Saham, Maksimakan Keuntungan!
Ramai antara kita yang menggunakan Analisis Teknikal dalam membuat keputusan pembelian saham. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pembelian pada harga yang TEPAT di waktu yang BETUL?
Selalu TERCIDUK bila membeli saham-saham menggunakan Analisis Teknikal?
Tidak pasti HARGA dan KETIKA pembelian saham dapat jana keuntungan MAKSIMA?
Tahu saham BERPOTENSI tapi masih TAK PASTI…?
E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.
Maksimakan KEUNTUNGAN, Minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?
- Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
- Cari Fasa Paling Selamat
- Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
- Dan banyak lagi !
Nak beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.