• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

Buat Duit Dalam Saham Dengan Kenali Triangle Pattern

in Technical Analysis
A A
Buat Duit Dalam Saham Dengan Kenali Triangle Pattern
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Dalam pelaburan saham , terdapat banyak cara atau teknik yang boleh digunakan pelabur untuk membuat kajian terutamanya dalam kajian analisa teknikal. 

Kepada pengamal kajian teknikal, pasti anda semua sedia maklum tentang cara kajian berdasarkan corak yang terbentuk pada carta. Artikel kali ini, kami akan menerangkan tentang corak kesinambungan tiga segi atau lebih dikenali sebagai Triangle Pattern. 

Kenali Triangle Pattern Pada Carta

Triangle pattern merupakan salah satu corak kesinambungan atau continuous pattern yang akan menentukan sama ada pergerakan harga saham itu akan meneruskan kenaikan sebelumnya atau sebaliknya. Untuk triangle pattern ini ada dua jenis yang berbeza. Jenis-jenisnya adalah seperti berikut:-

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

  • Ascending Triangles
  • Descending Triangles
  • Symmetrical Triangles

Tetapi artikel kali ini akan fokus kepada Symmetrical Triangles sahaja dan untuk Ascending dan Descending Triangles akan diterangkan pada artikel kami seterusnya nanti. 

Mari kita faham tentang Symmetrical Triangles agar dapat membantu kita dalam membuat keuntungan dalam pelaburan saham. 

Apa Itu Symmetrical Triangles?

Symmetrical triangles merupakan corak kesinambungan yang tiada arah tuju yang jelas kerana dilihat seakan-akan permintaan dan penawaran adalah sama banyak. 

Namun jika namanya pun adalah corak kesinambungan, biasanya selepas daripada corak symmetrical triangles ini terbentuk, harga saham akan meneruskan arah tuju sama seperti sebelumnya. 

Corak symmetrical triangles ini terbentuk apabila harga saham yang bergerak dalam bentuk zig-zag dilihat semakin menguncup ketika fasa accumulate. Apabila dilukis downtrendline dan uptrendline pada carta, ianya akan membentuk seolah-olah seperti segitiga sama sisi. 

Mari kita lihat contoh bagaimana symmetrical triangles ini terbentuk dan apa yang terjadi selepas harga saham tersebut berjaya memecahkan corak segitiga tersebut. 

Saham A yang sedang berada di fasa kenaikan, harganya mula accumulated bermula bulan Mei sehingga pertengahan bulan Julai. Ketika harga saham ini accumulates, pergerakkan harga saham ini dilihat semakin menguncup.

Apabila up trendline dan downtrend line dilukis, ianya membentuk seolah-oleh segitiga sama sisi seperti lukisan pada carta diatas. 

Oleh kerana sebelum corak ini terbentuk ianya sedang berada di fasa kenaikan, apabila harga saham ini membuat breakout daripada trendline diatas, harga saham A ini meneruskan kenaikan harganya dan menyempurnakan sifat continuation pattern. 

Sumber : 

Sama juga dengan apa yang terjadi dengan saham B ini, ketika saham ini sedang hendak membuat fasa kenaikan, harga saham ini accumulated dan kelihatan semakin menguncup. 

Lukisan uptrendline dan downtrendline pada carta membentuk segitiga sama sisi dan setelah harga saham tersebut terkeluar daripada corak segitiga ke atas, harga saham B ini meneruskan kenaikan harganya pada hari-hari berikutnya. 

Sumber : 

Perkara yang sama terjadi pada saham C di atas, harga saham yang sedang berada di fasa kenaikan membuat accumulation dan pergerkaan zig-zag saham tersebut dilihat semakin menguncup. 

Apabila harga saham ini memecahkan trendline yang dilukis ke atas, harga saham ini meneruskan kenaikan harga pada hari-hari berikutnya dan menyempurnakan sifat continuation pattern symmetrical triangles. 

Tetapi awas, sifat symmetrical triangle ini mempunyai potensi untuk bertindak sebagai reversal pattern atas sebab coraknya terbentuk tanpa mempunyai arah tuju yang jelas. 

Jika harga saham gagal untuk memecahkan downtrend line yang bertindak sebagai resistance dan sebaliknya mematahkan uptrendline yang bertindak sebagai support, besar kemungkinan harga saham tersebut akan menukar arah pasaran untuk hari-hari berikutnya. 

Ketahui lebih banyak jenis continuation pattern pada artikel kami sebelum ini. 

Baca: 3 Corak Kesinambungan (Continuation Pattern) Yang Perlu Kita Tahu

Ikuti kami untuk terus menambah ilmu pengetahuan pelaburan saham anda!

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share349ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

11 months ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

1 year ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

1 year ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In