• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, September 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

Analisis Teknikal : Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Ichimoku Cloud (Awan Ichimoku)

in Technical Analysis
A A
Analisis Teknikal : Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Ichimoku Cloud (Awan Ichimoku)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Setiap pedagang mesti menguasai ilmu teknikal analisis. Hal ini kerana, dengan ilmu teknikal analisis ini pedagang mampu untuk membuat unjuran ke mana arah tuju harga sesuatu dengan lebih mudah. Mungkin ramai pelabur dan pedagang keliru untuk memilih teknik teknikal analisis yang sesuai dengan cara melabur masing – masing. Pada penulisan kali ini, saya akan kongsikan satu teknik analisa teknikal dengan menggunakan awan ichimoku (ichimoku cloud).

Apa Itu Awan Ichimoku?

Awan Ichimoku adalah salah satu teknik analisa teknikal yang mudah untuk difahami. Awan ichimoku mengumpulkan beberapa teknikal indikator yang menunjukkan support and resistance , momentum dan juga trend direction. Awan ichimoku dibina dengan menggabungkan beberapa moving averages dan menggunakan data ini untuk mencipta cloud(awan) yang dijadikan sebagai support and resistance pada masa hadapan.

Awan ichimoku diasaskan oleh Goichi Hosoda dan mula dipopularkan pada lewat 1960-an. Seperti candlestick juga yang diasaskan oleh orang Jepun, awan ichimoku ini memberikan pelabur lebih banyak data berbanding candlestick tradisional. Bagi yang baru mengenali awan ichimoku, mungkin akan merasa sedikit complicated pada pandangan pertama. Namun bagi yang sudah biasa dengan trading charts, teknik ini mampu memberikan signal beli dan jual yang baik. 

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

Elemen Dalam Awan Ichimoku Yang Perlu Anda Tahu

1. Tenken Sen (9 Days Moving Average)

Moving average menunjukkan titik tengah bagi poin tertinggi dan terendah dalam tempoh 9 hari. Indikator ini sebagai leading indicator dan bergerak pantas naik dan turun dalam tempoh tesebut.

Formula : [(9-period high + 9-period low)/2]

Sumber : 

2. Kijun Sen (26 Days Moving Average)

26 moving average pula menunjukkan titik tengah bagi poin tertinggi dan terendah dalam tempoh 26 hari. Garisan 26 moving average ini bergerak lebih perlahan berbanding garisan 9 moving average. Garis datar yang dibuat oleh 26 moving average dikira sebagai support dan resistance.

(Tips : Jika harga Tenken Sen berada di atas Kijun Sen, harga boleh dianggap dalam uptrend, jika Tenken Sen berada dibawah Kijun Sen, harga boleh dianggap dalam downtrend.)

Sumber : 

3. Chikou Span (Closing Price 26 Periods Back) 

Chikou span bergerak dalam dimensi tersendiri. Ia tidak mempunyai halangan dari apa-apa seperti candlestick, kumo clouds dan ia bergerak bebas dalam aliran uptrend dan dowtrend.

Sumber : 

4. Senkou A (Titik Pertengahan Tenken Dan Kijun)

Senkou A dikira sebagai leading indicator. Ianya membentuk sebahagian daripada awan ichimoku. Apabila harga berada di atas paras Senkou A, ia bertindak sebagai support, manakala apabila harga berada dibawah Senkou A, ia bertindak sebagai resistance.

Sumber : 

5. Senkou B (Titik Pertengahan Kepada 56-Periods)

Elemen ini mengambil kira tempoh yang lebih panjang. Garisan 56 ini selalunya lebih flat dan dikira sebagai strong support apabila harga berada di atas garisan dan sebagai strong resistance apabila harga berada di bawah garisan.

Sumber : 

6. Kumo (The Cloud)

Kumo adalah awan dalam bahasa Jepun. Kawasan yang terbentuk antara Senkou A dan B adalah kawasan Kumo. Jika Senkou A berada di atas Senkou B, kumo bullish akan terbentuk manakala jika Senkou A berada di bawah Senkou B, kumo bearish akan terbentuk. Awan ini dianggap sebagai support dan resistance dan boleh dijadikan sebagai signal membeli apabila berlaku breakout pada kawasan ini.

Sumber : 

Awan ichimoku merupakan satu indikator gabungan yang lengkap. Ia mempunyai beberapa elemen yang mampu memberikan banyak data kepada pelabur untuk melihat support dan resistance, momentum dan trend direction. Semoga penulisan kali ini memberikan idea bagaimana cara untuk membuat analisa teknikal pada carta saham anda.

Saham yang dinyatakan dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan sebagai satu saranan belian.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share404ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

1 year ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

1 year ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

2 years ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In