• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Peratusan Rakyat Malaysia Guna Pembayaran Tunai Turun Kepada 78 Peratus – Paynet

in Hebahan
A A
Peratusan Rakyat Malaysia Guna Pembayaran Tunai Turun Kepada 78 Peratus – Paynet
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 6  April (Bernama) — Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mendedahkan bahawa peratusan rakyat Malaysia yang menggunakan tunai untuk membuat pembayaran turun 11 peratus kepada 78 peratus daripada 89 peratus sebelum pandemik.

Berdasarkan kepada dapatan kaji selidik ‘PayNet Digital Payments Insights Study 2022’ yang dikeluarkan hari ini, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih lagi banyak menggunakan tunai bagi pembayaran, namun pergantungan kepada tunai telah susut, sama seperti dapatan di negara-negara lain.  

“Bagaimanapun, rakyat Malaysia semakin kurang menggunakan tunai dalam pembayaran harian (48.4 peratus) dan kurang di kawasan bandar (36.2 peratus), kemungkinan disumbang oleh peningkatan pembayaran QR, kepercayaan tinggi terhadap kad kredit serta kebimbangan kaedah menggunakan tunai akan menyebabkan mudah dijangkiti virus pandemik,”  katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PayNet berkata perniagaan, kecuali di wilayah Pantai Timur dan Selatan, mengalami perubahan dalam tingkah laku pembayaran pelanggan sejak pandemik dengan tunai tidak lagi menjadi kaedah pembayaran utama manakala di wilayah Utara menunjukkan perubahan paling ketara.  

Laporan itu juga mengetengahkan keutamaan transformasi digital perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan halangan yang dihadapi dalam melaksanakan pembayaran digital dan menyenaraikan empat pemacu utama bagi mengekalkan pembayaran digital.

Kaji selidik itu membentangkan dapatan daripada kajian lapangan dalam suku keempat 2021 untuk mendapatkan pemahaman mendalam mengenai keutamaan pembayaran orang ramai dan perniagaan dengan tumpuan khusus kepada relevan penggunaan tunai dan penerimagunaan pembayaran digital oleh PKS.  

“Ini merupakan kajian sulung kami dan kami merancang melaksanakan kajian lagi pada masa hadapan untuk memahami dengan lebih mendalam tingkah laku pembayaran rakyat, sikap yang memacu perubahan dalam keutamaan pembayaran, bagi memastikan PayNet dan ekosistemnya mengekalkan infrastruktur pembayaran pusat yang selamat, cekap, diyakini dan inklusif bagi Malaysia,” kata ketua pegawai eksekutif PayNet Group, Peter Schiesser.

Bagi maklumat lanjut mengenai laporan itu, boleh layari https://paynet.my/publications/Digital-Payments-Insights-Study-2022.pdf.

— BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In