• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, October 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Minggu Lepas, Catat Aliran Masuk RM1.18 Bln

in Hebahan
A A
bursa malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Pelabur asing adalah satu-satunya pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lepas dengan aliran masuk bersih berjumlah RM1.18 bilion, kata MIDF Research.

Dalam laporan strategi ekuitinya hari ini, bank pelaburan itu berkata dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia selama sembilan daripada sebelas minggu pertama 2022.

“Kami maklum pada minggu lepas, belian bersih oleh pelabur asing adalah yang tertinggi bagi tahun 2022 setakat ini, berjumlah RM1.18 bilion. Belian bersih tertinggi sebelum ini oleh pelabur asing adalah pada minggu berakhir 4 Mac sebanyak RM1.08 bilion,” katanya.

MIDF Research berkata apabila pasaran dibuka semula pada Isnin minggu lepas, pelabur asing dan peruncit tempatan membeli masing-masing sebanyak RM219.24 juta dan RM35.27 juta bersih ekuiti tempatan, manakala institusi tempatan memulakan minggu berkenaan sebagai penjual bersih, dengan mencatatkan -RM254.50 juta.

Ia menambah pelabur asing terus menjadi pembeli bersih setiap hari sejak 7 Februari, dengan aliran masuk bersih asing terbesar bagi minggu lepas dicatatkan pada hari Rabu sebanyak RM396.27 juta dan paling sedikit pada Jumaat iaitu hanya RM31.81 juta.

Bagi peruncit, mereka telah menjadi penjual bersih setiap hari pada minggu berkenaan kecuali pada hari Isnin iaitu dengan merekodkan sebanyak RM35.27 juta dan Selasa pada RM9.28 juta.

MIDF Research berkata jualan bersih terbesar dicatatkan pada Khamis berjumlah -RM145.89 juta manakala jualan bersih paling sedikit ialah pada Jumaat iaitu -RM8.67 juta.

Ia berkata secara keseluruhan, untuk minggu kesebelas 2022, pelabur asing tampil kukuh sebagai pembeli bersih dengan jumlah RM1.2 bilion, manakala institusi tempatan adalah penjual bersih kukuh, merekodkan sebanyak -RM1.0 bilion diikuti jualan bersih peruncit berjumlah -RM175.88 juta.

“Dari segi penyertaan, pelabur asing, institusi tempatan dan pelabur runcit mencatatkan pergerakan mingguan, masing-masing  +64.50 peratus, -19.68 peratus dan -23.96 peratus dari segi purata nilai dagangan harian (ADTV).

“Sejak awal tahun sehingga kini, kami mendapati sejumlah RM1.3 bilion aliran masuk bersih daripada pelabur asing dan RM0.5 bilion aliran masuk bersih daripada peruncit. Sementara itu, institusi tempatan merupakan satu-satunya penjual bersih dengan mencatatkan nilai -RM6.1 bilion,” katanya.

Minggu lepas, Public Bank Bhd merekodkan aliran masuk wang bersih tertinggi sebanyak RM15.0 juta. Harga sahamnya adalah 6.59 peratus lebih tinggi untuk minggu itu, mengatasi prestasi bursa tempatan yang mencatatkan peningkatan mingguan 1.47 peratus.

Sementara itu, UTD Plantations menyaksikan aliran keluar wang bersih terbesar sebanyak -RM2.73 juta minggu lepas. Harga sahamnya adalah 3.72 peratus lebih rendah untuk minggu itu berbanding prestasi FBM KLCI yang meningkat 1.47 peratus pada minggu kajian.

— BERNAMA

Share233ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In