• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, October 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Sedikit Susulan Ketidaktentuan Pasaran

in Hebahan
A A
Morning Market Update
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA


KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia mencatat peningkatan kecil sewaktu dibuka pada Jumaat dalam ketidaktentuan pasaran di tengah-tengah implikasi pendirian kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang agresif.

Menurut penganalisis, ini turut dipengaruhi oleh faktor lonjakan harga minyak akibat kekurangan bekalan susulan kebimbangan mengenai konflik Rusia-Ukraine yang terus meruncing, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.35 mata kepada 1,591.22 daripada 1,590.88 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu naik 2.80 mata kepada 1.593.68.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 174 berbanding 124 manakala 190 kaunter lain tidak berubah, 2,321 lain tidak didagangkan dan 45 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 98.32 juta bernilai RM10.20 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menjangkakan indeks utama itu bergerak dalam jajaran 1,580-1,600 hari ini berikutan ketidaktentuan pasaran yang masih ketara.

“Bagi minyak sawit mentah, aktiviti pengambilan untung menyebabkan harganya merosot kepada sekitar RM6,500 satu tan manakala minyak mentah Brent ditutup melepasi US$106 setong berikutan kebimbangan mengenai bekalan terus meningkat,” katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik tiga sen kepada RM9.01, Public Bank susut dua sen kepada RM4.61, Petronas Chemicals menokok tiga sen kepada RM9.45, IHH Healthcare meraih 13 sen kepada RM6.52, CIMB susut tujuh sen kepada RM5.41 dan Tenaga menambah tiga sen kepada RM9.11.

Bagi saham aktif, Dagang Nexchange meraih setengah sen kepada 99.5 sen, Hibiscus Petroleum naik empat sen kepada RM1.14 dan Bumi Armada menokok satu sen kepada 42.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 5.88 mata kepada 11,280.56, Indeks FBM Emas Syariah menokok 24.91 mata kepada 11,843.28, FBM 70 berkurangan 1.10 mata kepada 13,356.99, Indeks FBMT 100 menambah 1.64 mata kepada 10,992.27 dan FBM ACE naik 14.06 mata kepada 5,377.88.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.87 mata kepada 203.85, Indeks Perladangan meningkat 25.14 mata kepada 7,852.56 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 31.10 mata kepada 16,764.48.

— BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In