• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Untung Bersih Scientex Berkurangan Kepada RM93.69 Juta Pada Suku Kedua

in Hebahan
A A
Untung Bersih Scientex Berkurangan Kepada RM93.69 Juta Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Keuntungan bersih Scientex Bhd pada suku kedua berakhir 31 Jan, 2022 berkurangan kepada RM93.69 juta daripada RM112.17 juta pada suku kedua 2021.

Perolehan meningkat kepada RM952 juta daripada RM906.54 juta sebelum ini, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam kenyataan berasingan, kumpulan itu berkata keuntungan yang rendah itu berikutan impak daripada harga bahan mentah yang tinggi dan kos pengangkutan untuk perniagaan pembungkusan penggunanya dan penangguhan pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dalam perkembangan tertentu.

“Segmen hartanah menghadapi kos bahan mentah yang tinggi dan kekurangan bahan serta perubahan dalam proses permohonan kawal selia tertentu, yang telah menjejaskan kecekapan operasi kami buat sementara waktu.

“Bagaimanapun, permintaan untuk rumah mampu milik kekal baik dan kami terus berkembang ke lokasi baharu dengan pelancaran pertama hartanah bertanah di Negeri Sembilan dan Kedah, bersama dengan bangunan tinggi pertama kami di Lembah Klang pada separuh kedua tahun kewangan 2022,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Scientex Lim Peng Jin.

Mengenai masa depan, katanya pembukaan semula perniagaan dan aktiviti ekonomi yang lebih baik di Malaysia dan di peringkat antarabangsa memberi prospek yang baik kepada kumpulan.

“Kami telah menyaksikan permintaan yang stabil untuk produk pembungkusan kami dan akan terus meningkatkan kapasiti dalam bidang yang mempunyai kekuatan daya saing serta meneruskan inovasi dalam beberapa kategori untuk mengukuhkan lagi kedudukan pasaran kami.

“Ini termasuk pembangunan yang berterusan untuk rangkaian lebih luas penyelesaian pembungkusan mampan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, terutamanya dalam kalangan jenama pengguna,” katanya.

Kumpulan turut meningkatkan pelan kesinambungan perniagaannya untuk mengurangkan risiko gangguan operasi dan mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan global yang bergantung kepada komitmen rantaian bekalan.

“Kami berharap dapat memenuhi keperluan yang tinggi terhadap rumah mampu milik berdasarkan ekonomi yang semakin pulih dan kadar vaksinasi yang tinggi.

“Langkah simpanan tanah kami dalam tempoh beberapa tahun ini telah meletakkan kami pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pemulihan ekonomi pasca pandemik, selain kami turut memanfaatkan penggunaan platform digital untuk meningkatkan keberkesanan jualan dan pemasaran,” katanya.

Pada rehat tengah hari, saham Scientex meningkat sebanyak 0.25 peratus kepada RM3.99 dengan 315,400 saham diniagakan.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In