KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Permulaan yang kukuh bagi Kumpulan UMW bagi tahun 2022 diteruskan pada bulan Februari dengan catatan jualan automotif yang lebih kukuh berbanding Februari 2021 bagi UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua. Kumpulan mencatatkan jualan sebanyak 23,853 unit pada Februari 2022, 10.1% lebih tinggi daripada 21,657 unit yang didaftarkan pada bulan Februari 2021, dimana pengeluaran ditingkatkan untuk memenuhi jumlah tempahan tertunggak yang menggalakkan. Jualan UMWT meningkat sebanyak 26.8% kepada 6,432 unit pada bulan Februari 2022 berbanding 5,074 unit yang didaftarkan setahun lalu. Toyota Vios dan Hilux terus menjadi model terlaris UMWT pada bulan Februari. Toyota Corolla Cross Hybrid yang baru dilancarkan juga mencatatkan jualan yang memberangsangkan dan menyumbang kepada model Toyota Corolla Cross untuk menjadi model ketiga terlaris bagi bulan Februari 2022. Untuk memperbaharui barisan modelnya, pada 17 Februari 2022, UMWT memperkenalkan Toyota Camry baharu yang menawarkan prestasi yang dipertingkatkan, keselamatan yang lebih baik dan diperketatkan yang meletakkannya di antara segmen kereta eksekutif premium. Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 17,421 unit pada bulan Februari 2022, 5.1% lebih tinggi daripada 16,583 unit yang didaftarkan pada Februari 2021. Model terlarisnya bagi bulan itu ialah Myvi yang telah diubahsuai baru-baru ini, diikuti oleh Axia dan Bezza. Perodua mensasarkan jumlah jualan sebanyak 247,800 unit tahun ini, peningkatan sebanyak 30% berbanding 190,291 unit yang didaftarkan pada 2021. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami sangat berbesar hati dengan jumlah jualan kenderaan yang memberangsangkan oleh kedua-dua UMWT dan Perodua pada bulan Februari 2022. Kedua-dua syarikat akan terus meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan pelanggan kami. Pengecualian cukai jualan dan pengenalan model serba baharu serta dikemaskini dijangka akan memacu jualan kenderaan pada separuh pertama tahun 2022. Kami berusaha untuk menawarkan model yang menarik dan bernilai tinggi serta menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik bagi memenuhi keperluan dan harapan pelanggan kami. Kami ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan dan kesetiaan mereka. Mengenai UMW Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat serantau yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada empat segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera, Pembuatan & Kejuruteraan dan Aeroangkasa. Ia kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 18,000 orang, termasuk Perodua. UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan. SUMBER: UMW Corporation Sdn. Bhd. UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama: S Vikneshwaaran Pengurus Besar – Bahagian Perhubungan Pelabur & Media UMW Corporation Sdn. Bhd. Tel: +603 2025 2104 / +6019 850 5799 E-mel: [email protected] --BERNAMA




