• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Malaysia Airport Sambut Baik Pembukaan Sempadan Negara

in Hebahan
A A
Malaysia Airport Sambut Baik Pembukaan Sempadan Negara
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Malaysia Airports Holdings Bhd (Malaysia Airports) sebagai pengendali lapangan terbang utama negara menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembukaan semula sempadan negara pada 1 April,2022 dan langkah negara beralih ke fasa endemik.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Pengerusi Malaysia Airports Datuk Seri Zambry Abd Kadir menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan terhadap keputusan terbaharu itu.

“Pembukaan semula sempadan negara tentunya menjadi titik tolak yang akan merangsang pemulihan prestasi ekonomi negara. Ia sekaligus akan melonjak prestasi Malaysia Airports hasil daripada tambahan bilangan pergerakan penumpang antarabangsa,” katanya.

Sebelum penularan COVID-19, Malaysia menerima kunjungan pelancong seramai 26 juta, ia menjana sebanyak RM86 bilion dalam perbelanjaan pelancong.

“Menerusi pembukaan semula pintu sempadan, Malaysia bakal meraih semula punca pendapatan ini. Selain itu, permintaan pasaran global bagi pelbagai industri tempatan juga akan kembali meningkat dan ini semua berpotensi untuk memulihkan ekonomi negara dengan lebih pantas,” katanya.

Beliau juga memberi komitmen Malaysia Airports akan menyokong penuh semua usaha kerajaan dengan memastikan kualiti perkhidmatan di lapangan terbang sentiasa berada di tahap yang tertinggi sebagai salah satu langkah penyediaan menerima bilangan penumpang yang lebih ramai.

Malaysia Airports merupakan salah sebuah kumpulan pengendali lapangan terbang terbesar di dunia daripada segi jumlah penumpang yang dikendalikan. Ia mengurus dan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia dan satu lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turki.

Lapangan terbang di bawah pengendalian Malaysia Airports itu merangkumi lima lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik dan 18 Lapangan Terbang Berlepas dan Mendarat Jarak Pendek (STOLport).

Lapangan terbang utamanya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah antara hab penerbangan pilihan rantau ini.

— BERNAMA

Share221ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In