• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Keuntungan Bersih Suku Kedua Top Glove Susut Kepada RM87.55 Juta

in Hebahan
A A
Keuntungan Bersih Suku Kedua Top Glove Susut Kepada RM87.55 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Top Glove Corporation Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah iaitu susut sebanyak 97 peratus kepada RM87.55 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 28 Feb, 2022 daripada RM2.87 bilion pada setahun sebelumnya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, peneraju pengeluar sarung tangan global itu berkata perolehan hasil turut merosot 73 peratus kepada RM1.45 bilion berbanding RM5.37 bilion sebelum ini.

Bagi tempoh separuh pertama tahun kewangan 2022, kumpulan itu mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM273.27 juta berbanding RM5.23 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya manakala hasil berkurangan kepada RM3.03 bilion daripada RM10.12 bilion.

“Prestasi kewangan lebih rendah itu disebabkan oleh normalisasi purata harga jualan (ASP) yang menghampiri paras sebelum pandemik. Harga bahan mentah secara amnya menyaksikan aliran penurunan pada kadar lebih perlahan berbanding ASP yang menyebabkan berlakunya mampatan margin,” katanya.

Menurut Top Glove, kumpulan itu juga perlu berdepan kenaikan kos operasi lain termasuk utiliti, pekerja dan bahan kimia selain persaingan sengit dengan bekalan sarung tangan baharu menyebabkan tekanan harga susulan kejayaan pelaksanaan usaha pemberian vaksin COVID-19 di peringkat global.

Bagaimanapun, jumlah jualan mencatat peningkatan ketara dalam suku di bawah kajian itu berbanding suku pertama 2022 susulan tindakan pelanggan meneruskan aktiviti peningkatan semula stok sarung tangan ketika ASP menghampiri paras sebelum pandemik.

Setakat 28 Februari lepas, kumpulan itu mengekalkan kedudukan tunai bersih sebanyak RM656 juta manakala aset bersih bernilai RM6.95 bilion.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Pengarah Urusannya Datuk Lee Kim Meow berkata Top Glove telah memberi prestasi kewangan yang luar biasa sejak dua tahun lepas.

“Walaupun prestasi suku kedua tahun kewangan 2022 ini tidak seperti yang kami harapkan, ia sememangnya dijangkakan apabila pandemik semakin reda dan keadaan ini menjadi sebahagian daripada kitaran perniagaan.

“Selepas menceburi perniagaan sarung tangan selama 31 tahun, kami telah menyaksikan banyak kitaran seumpamanya dan pengalaman ini membantu kami untuk mengharungi kitaran kali ini,” katanya.

Menurut Lee, kumpulan itu kini perlu mengutamakan tumpuan ke atas aspek kualiti dan kecekapan, mempertingkat, menginovasi, melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, memanfaatkan teknologi maju/pendigitalan serta mengambil lebih banyak pekerja berwibawa selain memperkukuh komitmennya terhadap kemampanan.

“Apabila semua ini dapat dilaksanakan dan mencapai kedudukan lembaran imbangan yang baik, saya yakin kami mampu menempuh tempoh mencabar ini dan menjadi lebih kukuh,” katanya.

Lee juga menjangkakan permintaan di peringkat global akan terus meningkat dengan stabil biarpun tidak mencecah tahap ketara sebagaimana ketika pandemik.

“Tempoh mencabar ini hanya sementara dan kami akan terus memberi tumpuan untuk mengekalkan asas-asas kukuh sedia ada dengan kekal sihat dari segi mental, fizikal dan kewangan,” katanya.

— BERNAMA

Share268ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In