• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Indeks Nilai Seunit Eksport Naik 1.3 Peratus, Import Susut 0.5% Pada Januari

in Hebahan
A A
Indeks Nilai Seunit Eksport Naik 1.3 Peratus, Import Susut 0.5% Pada Januari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) — Indeks nilai seunit eksport Malaysia kekal positif bagi empat bulan berturut-turut sejak Oktober 2021, meningkat 1.3 peratus pada Januari 2022 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bagaimanapun, nilai seunit import susut 0.5 peratus pada Januari 2022 berbanding bulan sebelumnya, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan Indeks Perdagangan Luar Negeri (2010=100), Januari 2022 yang dikeluarkan hari ini.

“Peningkatan prestasi itu didorong oleh kenaikan indeks minyak dan lemak binatang dan sayur-sayuran iaitu 3.3 peratus, minyak galian 2.1 peratus serta alat jentera dan kelengkapan pengangkutan 1.3 peratus.

“Selain itu, indeks volum eksport susut 11.8 peratus pada bulan sama, disumbangkan oleh kejatuhan indeks pelbagai barang keluaran kilang iaitu 15.4 peratus, alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (11.4 peratus) dan minyak galian (7.8 peratus),” katanya.

Mohd Uzir berkata indeks volum eksport pelarasan bermusim pula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.5 peratus kepada 155.1 mata daripada 154.4 mata.

Menurutnya, berdasarkan perbandingan tahunan, kedua-dua indeks nilai seunit dan volum eksport masing-masing meningkat 15.5 peratus dan 7.0 peratus.

Dalam pada itu, indeks nilai seunit import susut 0.5 peratus pada Januari 2022 berbanding bulan sebelumnya, disumbangkan oleh kejatuhan indeks minyak galian 4.6 peratus, alat jentera dan kelengkapan pengangkutan 0.3 peratus dan bahan kimia 0.2 peratus.

Beliau berkata, indeks volum import turut susut 0.04 peratus pada Januari 2022 berbanding bulan sebelumnya, didorong oleh kejatuhan pelbagai barang keluaran kilang sebanyak 4.2 peratus, alat jentera dan kelengkapan pengangkutan 2.8 peratus dan bahan mentah tidak boleh dimakan 0.3 peratus.

“Indeks volum import pelarasan bermusim pada Januari 2022 meningkat 1.5 peratus daripada 166.8 mata kepada 169.3 mata.

“Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kedua-dua indeks nilai seunit dan volum import masing-masing berkembang 7.1 peratus dan 18.1 peratus,” katanya.

Jabatan Perangkaan turut melaporkan bahawa terma perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.9 peratus bulan ke bulan kepada 109.1 mata pada Januari 2022.

Bagi perbandingan tahun ke tahun, prestasi perdagangan Malaysia menunjukkan pertumbuhan positif sebanyak 7.9 peratus daripada 101.1 mata pada Januari tahun lepas.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In