• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Sime Darby Property Rancang Bina Taman Permainan Inklusif Dalam Perbandaran Dan Pembangunannya

in Hebahan
A A
Sime Darby Property Rancang Bina Taman Permainan Inklusif Dalam Perbandaran Dan Pembangunannya
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) — Sime Darby Property Bhd merancang untuk membina taman permainan inklusif di perbandaran dan pembangunannya di seluruh Malaysia dalam masa terdekat, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pembangunan Perbandaran, Appollo Leong.

Taman permainan inklusif yang digambarkan oleh pemaju hartanah itu direka bentuk dengan kerjasama pengguna akhir penting seperti kanak-kanak kurang upaya dan normal, ibu bapa, datuk dan nenek serta pakar teknikal, seperti organisasi golongan kurang upaya, pengamal dan pendidik intervensi awal, kata Leong  kepada pemberita selepas pelancaran secara maya taman permainan inklusif pertama Malaysia di perbandaran City of Elmina hari ini.

Beliau berkata syarikat itu mereka bentuk dan membina taman permainan inklusif sulung negara di perbandaran itu sebagai projek perintis.

“Kami ingin menggabungkan sebanyak yang mungkin apa yang kami pelajari daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sebagai rakan kongsi kami. Setiap kanak-kanak mempunyai hak yang sama untuk bermain dan menikmati aktiviti luar, dan taman permainan inklusif ini akan merealisasikannya,” katanya.

Menurut Leong keperluan perkembangan kanak-kanak adalah penting dan perlu diambil kira apabila mereka bentuk perbandaran. Mengiktiraf hak kanak-kanak adalah kunci kepada mana-mana komuniti yang mampan, katanya. Pembinaan taman permainan seluas 0.2 hektar itu bermula pada Februari 2020; dan siap pada November tahun yang sama.

Taman permainan ini mempunyai 37 struktur permainan bersepadu dan 12 peralatan permainan termasuk buaian, trampolin, jala memanjat dan jungkat-jungkit. Ia juga menggunakan 13 bahan dan kemasan, serta menggabungkan pelbagai unsur semula jadi untuk mewujudkan persekitaran yang penuh dengan pengalaman permainan.

Sime Darby Property mempunyai 25 perbandaran dan pembangunan di seluruh Malaysia. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik dan Kit Panduan telah dikeluarkan semasa pelancaran untuk membantu pemaju hartanah dan majlis perbandaran lain membina ruang inklusif, selamat dan mesra kanak-kanak.

Pakar program UNICEF Malaysia (jantina dan kurang upaya) Zoe Gan berkata kit panduan itu akan memberi inspirasi kepada pemaju hartanah dan majlis perbandaran lain dan ia boleh didapati di laman sesawang UNICEF Malaysia.

— BERNAMA

Share248ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In