• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Keuntungan Selepas Cukai Bagi UMW Holdings’ Pada 4Q 2021 Meningkat Sebanyak 80.6% Kepada RM380.3 Juta; Isytihar Dividen 5.8 Sen

in Hebahan
A A
Keuntungan Selepas Cukai Bagi UMW Holdings’ Pada 4Q 2021 Meningkat Sebanyak 80.6% Kepada RM380.3 Juta; Isytihar Dividen 5.8 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Keuntungan selepas cukai dan zakat (“PATZ”) bagi UMW Holdings Berhad (“Kumpulan”) meningkat sebanyak 80.6% kepada RM380.3 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2021 (“4Q 2021”), berbanding RM210.6 juta yang dicatatkan pada suku yang sama berakhir 31 Disember 2020 (“suku yang sepadan”).  Ini disokong oleh hasil sumbangan yang kukuh daripada segmen Automotif dan Jentera yang disebabkan oleh permintaan yang bertambah baik selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”).  Hasil perniagaan Kumpulan meningkat sebanyak 12.4% kepada RM3,645.1 juta berbanding suku yang sepadan terutamanya didorong oleh jumlah jualan kenderaan dan jentera yang lebih tinggi.

Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021, hasil perniagaan Kumpulan meningkat sebanyak 15.8% kepada RM11,060.8 juta berbanding pada tahun 2020.  PATZ turut meningkat sebanyak 59.7% kepada RM515.6 juta pada tahun 2021 berbanding RM322.9 juta pada tahun 2020 selaras dengan peningkatan hasil perniagaan serta pengiktirafan aset cukai tertunda hasil daripada kelulusan insentif yang diluluskan pada 4Q 2021.

Memandangkan prestasi yang menggalakkan, UMW telah mengisytiharkan dividen yang lebih tinggi sebanyak 5.8 sen sesaham bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021 berbanding 4.0 sen pada tahun 2020.

Segmen Automotif

Didorong oleh jumlah jualan kenderaan yang lebih tinggi yang disokong oleh pengecualian cukai jualan serta pengenalan model baharu, hasil perniagaan bagi segmen Automotif untuk 4Q 2021 meningkat sebanyak 14.7% kepada RM3,061.6 juta berbanding suku yang sepadan.  Selaras dengan hasil perniagaan yang lebih tinggi dan bahagian keuntungan yang lebih tinggi daripada syarikat bersekutu, keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi segmen tersebut ("PBTZ") melonjak sebanyak 40.9% kepada RM269.2 juta.  Selaras dengan jangkaan pemulihan yang kukuh terhadap ekonomi bagi tahun 2022 dengan unjuran KDNK antara 5.5% dan 6.5%, Persatuan Automotif Malaysia mensasarkan jumlah keseluruhan industri (“TIV”) meningkat sebanyak 18% kepada 600,000 unit yang didorong oleh perlanjutan pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2022, peningkatan keyakinan pengguna serta persekitaran kadar faedah yang lebih rendah.  Pengenalan model baharu dan kemaskini dijangka akan memacu penjualan dan menyumbang secara positif terhadap Kumpulan untuk tahun 2022.

Segmen Jentera

Hasil perniagaan bagi segmen Jentera meningkat sebanyak 14.8% kepada RM365.1 juta pada 4Q 2021 disebabkan oleh permintaan terhadap produk dan perkhidmatan segmen itu di pasaran tempatan dan luar negara terus bertambah baik berikutan pemulihan terhadap perniagaan kesan daripada pandemik Covid-19.  Seterusnya, PBTZ bagi segmen meningkat sebanyak 56.4% kepada RM28.9 juta untuk suku tersebut.  Dengan itu juga, subsegmen bagi Jentera Berat boleh mendapat manfaat daripada jangkaan peningkatan dalam aktiviti pembinaan berikutan pembukaan semula ekonomi, manakala prestasi subsegmen bagi Jentera Perindustrian dijangka akan bertambah baik dengan terus memberi tumpuan kepada sektor pertumbuhan.

Segmen Pembuatan & Kejuruteraan

Hasil perniagaan bagi segmen Pembuatan & Kejuruteraan menurun sebanyak 7.5% pada 4Q 2021 akibat jualan lebih rendah bagi subsegmen Pelincir dan Aeroangkasa.  Ini menyebabkan segmen itu mencatatkan PBTZ yang lebih rendah sebanyak RM11.7 juta bagi suku tersebut.   Peningkatan terhadap jumlah sasaran TIV untuk tahun 2022 adalah positif untuk bagi subsegmen Komponen Auto, manakala subsegmen Pelincir akan terus mengembangkan perniagaannya dalam segmen perindustrian.  Subsegmen Aeroangkasa akan terus meneroka peluang lain untuk meningkatkan penggunaan kilang pemasangannya selaras dengan strategi kepelbagaian produk dan pelanggannya.  Subsegmen itu telah terjejas disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan dijangka akan kembali pulih dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Pencapaian keseluruhan

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Walaupun Kumpulan menghadapi pelbagai cabaran pada tahun 2021, daripada kekurangan cip semikonduktor kepada gangguan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 serta bencana banjir yang menjejaskan sebahagian operasinya, Kumpulan kekal berdaya tahan dan memberikan hasil yang lebih baik berbanding tahun 2020.  Kumpulan menjangkakan operasi bagi perniagaan di dalam dan di peringkat serantau akan pulih secara beransur-ansur mulai 2022 dan seterusnya akan menilai strategi serta inisiatifnya untuk terus menambah baik terhadap pengurusan kos dan kecekapan operasinya dalam mengukuhkan daya tahannya dan untuk terus memberikan nilai kepada para pemegang sahamnya.”

Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat serantau yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada empat segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera, Pembuatan & Kejuruteraan dan Aeroangkasa.  Ia kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 18,000 orang, termasuk Perodua.

UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan.

Sumber: UMW Corporation Sdn. Bhd.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: S Vikneshwaaran
Pengurus Besar – Bahagian Perhubungan Pelabur & Media
UMW Corporation Sdn. Bhd.
Tel: +603 2025 2104 / +6019 850 5799
E-mel: [email protected] 

--BERNAMA

Share236ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In