• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, October 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Kerugian Bersih MAHB Susut Kepada RM766 Juta Bagi Tahun Kewangan 2021

in Hebahan
A A
Kerugian Bersih MAHB Susut Kepada RM766 Juta Bagi Tahun Kewangan 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Kerugian bersih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyusut kepada RM766.44 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021 daripada kerugian bersih RM1.12 bilion tahun lepas, disebabkan pengurangan selanjutnya dalam perbelanjaan operasi teras sebanyak 11 peratus serta peningkatan dalam pendapatan lain.

Selain itu, pengendali lapangan terbang itu berkata kerugiannya pada tahun kewangan 2021 dikurangkan dengan pengiktirafan aset cukai tertunda daripada kerugian perniagaan tahun semasa. 

Hasil bagi tahun tersebut turun kepada RM1.67 bilion berbanding RM1.87 bilion sebelumnya, disebabkan penguncupan 16.0 peratus pergerakan penumpang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020.

Ia sekali gus menurunkan hasil segmen aeronautik sebanyak 9.9 peratus kepada RM798.1 juta.

“Hasil daripada operasi bukan lapangan terbang meningkat sebanyak 12.3 peratus disebabkan hasil yang lebih tinggi daripada pertanian, didorong oleh harga tandan buah segar yang lebih tinggi, penyelenggaraan pembaikan dan perniagaan hotel,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

MAHB berkata bagi tahun kewangan 2021, operasi Malaysianya mencatatkan kerugian sebelum cukai yang lebih rendah sebanyak RM193.7 juta daripada RM448.1 juta pada tahun kewangan 2020, kerugian sebelum cukai operasi Turki pada RM22.3 juta daripada RM626.8 juta tahun sebelumnya.

Dari segi pergerakan penumpang, kumpulan itu berkata untuk tahun kewangan 2021, ia melihat tanda-tanda pemulihan trafik daripada COVID-19, walaupun pada kadar yang berbeza di Turki dan Malaysia.

“Operasi Turki menunjukkan ke arah normalisasi berikutan trafik penumpang meningkat sebanyak 47.7 peratus (antarabangsa: 69.8 peratus, domestik: 37.8 peratus) kepada 25.4 juta daripada 17.2 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya,” katanya. “Sementara itu, operasi Malaysia mencatatkan penurunan pergerakan penumpang sebanyak 58.5 peratus (antarabangsa: pengurangan 86.3 peratus, domestik: pengurangan 37.8 peratus)  kepada 10.7 juta penumpang berbanding 25.8 juta penumpang pada tahun sebelumnya”.

MAHB berkata pendapatan segmen bukan aeronautik menurun 16.0 peratus kepada RM668.5 juta berbanding tahun sebelumnya disebabkan hasil sewa komersial yang lebih rendah daripada operasi Malaysia.

Bagi suku keempat, MAHB menyaksikan kerugian bersihnya menguncup kepada RM136.73 juta daripada RM685.02 juta, disumbangkan oleh hasil lebih tinggi sebanyak 109.1 peratus, ditambah dengan perbelanjaan operasi teras yang lebih rendah sebanyak 8 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas.

Hasilnya melonjak kepada RM551.34 juta daripada RM263.64 juta sebelumnya, seiring dengan peningkatan ketara dalam jumlah penumpang dengan pelonggaran PKP, perjalanan rentas negeri, dan pengenalan Lorong Perjalananan Lengkap Vaksin (VTL) di Malaysia, serta momentum pemulihan yang berterusan di Turki.

Melangkah ke hadapan, MAHB menyatakan bahawa VTL Singapura-Kuala Lumpur, penyambungan semula perjalanan umrah dan pengenalan beberapa laluan domestik baharu adalah beberapa perkembangan terkini yang akan terus memacu pemulihan trafik dalam tempoh terdekat.

MAHB berkata ia “kekal yakin dan berwaspada terhadap pemulihan yang berterusan, sambil memantau perkembangan varian membimbangkan, keberkesanan vaksin penggalak dan sekatan perjalanan serta kesannya kepada pemulihan trafik penumpang.”

— BERNAMA

Share256ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In