• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh

in Hebahan
A A
Morning Market Update
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga pagi ini dalam nada yang positif untuk dibuka kukuh, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lebih baik di tengah-tengah krisis berterusan di Ukraine.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.33 mata kepada 1,581.22  berbanding 1,573.89 pada penutupan Khamis.

Indeks utama mengukuh 5.18 mata ketika dibuka pagi ini pada 1,579.07.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 313 berbanding 134, manakala 215 kaunter tidak berubah, 1,623 tidak diniagakan dan 67 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 227.35 juta unit bernilai RM160.38 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street pulih daripada kerugian sebelum ini apabila aktiviti memburu saham berharga murah membantu meningkatkan indeks utama, dengan Purata Perindustrian Dow Jones (Purata DJI) ditutup 92 mata lebih tinggi manakala Nasdaq meningkat sebanyak 436 mata.

Bagi bursa tempatan, beliau berkata FBM KLCI berkemungkinan menyaksikan kemunculan kegiatan memburu saham murah tidak lama lagi.

“Justeru, kami megunjurkan indeks akan berada dalam aliran julat  antara 1,570-1,585 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Thong menyatakan minyak sawit mentah berakhir pada rekod tertinggi baharu, menghampiri paras RM7,100 satu tan sementara minyak mentah Brent melonjak kepada hampir US$100 setong semalam, sebagai tindak balas kepada konflik di Ukraine.

Bagi saham wajaran tinggi Bursa, Maybank naik 11 sen kepada RM8.81, Public Bank menokok tiga sen kepada RM4.31, Petronas Chemicals meningkat sembilan sen kepada RM9.29, IHH Healthcare menambah 12 sen kepada RM6.52 dan CIMB peroleh enam sen kepada RM5.54.

Dalam kalangan saham aktif pula, DNex meningkat tiga sen kepada RM1.17, Ta Win mengukuh setengah sen kepada 15 sen dan DGB Asia tidak berubah pada dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 63.23 mata kepada 11,282.36, Indeks FBMT 100 lebih kukuh 60.63 mata kepada 10,955.94 dan Indeks FBM Emas Syariah pulih 44.79 mata kepada 11,989.91.

Sementara itu, FBM 70 meningkat 117.72 mata kepada 13,457.51 dan FBM ACE mengukuh sebanyak 70.04 mata kepada 5,938.96.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 2.18 mata kepada 208.72, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 119.41 mata kepada 16,279.18, manakala Indeks Perladangan meningkat 7.35 mata kepada 8,029.43.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In