• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, October 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Unit TNB Selesai Urusan Pembiayaan RM1.56 Bilion Berkaitan Loji Jana Kuasa Solar Di UK

in Hebahan
A A
Unit TNB Selesai Urusan Pembiayaan RM1.56 Bilion Berkaitan Loji Jana Kuasa Solar Di UK

Kredit gambar: TNB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), Vantage RE Ltd, telah menyelesaikan urusan pembiayaan melibatkan £275 juta (RM1.56 bilion) melalui pembiayaan semula portfolio loji jana kuasa solar Vantage Solar UK (VSUK) di United Kingdom (UK).

Menurut TNB, kemudahan pembiayaan dengan Macquarie Asset Management yang diatur oleh Standard Chartered Bank itu merupakan sebahagian daripada inisiatif pengurusan Vantage RE untuk mengoptimumkan struktur pembiayaan VSUK.

Ia juga bertujuan memberikan kepastian pelaburan yang lebih besar bagi jangka panjang, jelas TNB dalam kenyataan pada Rabu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata langkah pembiayaan semula itu membuktikan portfolio tersebut mampu memenuhi harapan pemberi pinjaman terhadap pematuhan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) melalui prestasi portfolio itu yang seiring dengan taksonomi Kesatuan Eropah bagi aktiviti mampan.

“Aktiviti itu memperkukuh usaha TNB dalam mencapai visi ESG globalnya,” katanya dalam kenyataan yang sama.

TNB menambah, portfolio solar 365 MW yang merangkumi 24 loji solar fotovoltaik yang ditempatkan di atas tanah di England dan Wales itu memberi sumbangan penting kepada bekalan tenaga bersih UK.

Seperti yang dianggarkan oleh Green Investment Group di bawah Macquarie, portfolio tersebut menghasilkan tenaga elektrik yang mencukupi setiap tahun untuk membekalkan tenaga setara lebih 90,000 rumah di samping membantu mengelakkan kira-kira 3,300 kilotan pelepasan setara karbon dioksida sepanjang baki hayat portfolio itu, tambahnya.

Menurut TNB, langkah pembiayaan semula berkenaan merupakan satu lagi sumbangan berharga yang diberikan oleh Vantage RE kepada portfolio solar di bawah pengurusannya.

Sejak mengambil alih kawalan pengurusan portfolio VSUK tahun lepas, prestasi keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan portfolio itu telah meningkat kira-kira 28 peratus daripada  £30.3 juta (RM172.4 juta) pada 2020 kepada £38.7 juta (RM220.2 juta) pada 2021, jelas syarikat utiliti elektrik Malaysia itu.

“TNB yakin di bawah pengurusan Vantage nilai portfolio VSUK akan berkembang dan terus menyediakan pulangan boleh terima untuk pelaburnya,” menurutnya.

— BERNAMA

Share223ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In