• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, October 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

IHH Healthcare Jangka Terus Kembali Kepada Perniagaan Teras Bukan COVID-19 Tahun Ini

in Hebahan
A A
IHH Healthcare Jangka Terus Kembali Kepada Perniagaan Teras Bukan COVID-19 Tahun Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — IHH Healthcare Bhd menjangkakan ia akan terus kembali kepada perniagaan teras bukan COVID-19 tahun ini susulan pelonggaran sekatan di peringkat global walaupun berlaku kes Omicron.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Kelvin Loh berkata pembukaan semula sempadan serta kadar vaksinasi yang tinggi akan memberi kesan kepada perkhidmatan berkaitan COVID-19 dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan.

“Kes COVID-19 mencatatkan penurunan dan kami yakin keadaannya terkawal. Kami dapati pesakit domestik kembali untuk mendapatkan rawatan pilihan di hospital,” katanya pada taklimat media mengenai prestasi kewangan suku keempat dan tahun kewangan 2021 menerusi telesidang pada Rabu.

Beliau berkata populasi menua global akan mendorong peningkatan kadar kemasukan ke hospital dan keperluan untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Selain itu, Loh berkata IHH Healthcare sedang melabur dalam penjagaan kesihatan digital untuk menyediakan lebih banyak maklumat mengenai penjagaan kesihatan kepada penggunanya.

“Selain perniagaan konvensional yang disediakan di hospital, kami juga mahu menyediakan maklumat yang mudah untuk pesakit menerusi program transformasi digital,” katanya.

Beliau berkata segmen diagnostik akan menyediakan laluan yang kukuh untuk syarikat melengkapkan perkhidmatan itu bagi penggunanya.

“Segmen diagnostik sedang mencatatkan pertumbuhan teguh dalam aktiviti sains perubatan untuk menawarkan lebih banyak ujian selain memahami prasakit dengan lebih baik,” katanya.

Mengenai rancangan IHH Healthcare untuk Parkway China, beliau berkata syarikat sedang melalui semakan operasi utama di samping untuk memahami cara bekerja di China.

“Kami akan berada di China kerana kami komited kepada China namun saya berpandangan, hanya melibatkan cara bekerja, mungkin sesuatu yang perlu kita pelajari,” katanya.

Keuntungan bersih IHH Healthcare bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021 melonjak kepada RM1.86 bilion daripada RM289 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2020.

— BERNAMA

Share233ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In