• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Hebahan
A A
Morning Market Update
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah dalam dagangan awal hari ini berikutan sentimen pasaran berhati-hati, mengambil petunjuk daripada penurunan semalaman di Wall Street, menurut peniaga.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 4.72 mata kepada 1,581.42 daripada 1,586.14 semalam.

Indeks dibuka rendah 0.58 mata kepada 1,585.56.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 243 berbanding 129 manakala 207 kaunter tidak berubah, 1,701 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 127.61 juta unit bernilai RM92.96 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini berikutan ketegangan antara Rusia dan Ukraine yang semakin meningkat.

“Dow Jones Industrial Average (DJI Average) merosot 465 mata manakala Nasdaq berkurangan 344 mata untuk ditutup pada hanya melebihi paras 13,000,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, katanya hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat untuk tempoh 10 tahun meningkat dan ditutup kepada paras dua peratus sekali lagi.

“Walaupun penurunan mendadak di Wall Street, kami menjangka bursa tempatan akan meneruskan prestasi kukuhnya dan indeks akan diniagakan dalam julat 1,580-1,595 hari ini,” katanya.

Selain itu, katanya kaunter minyak dan gas dijangka menjadi tumpuan berikutan harga minyak mentah Brent ditutup melebihi US$97 setong berikutan situasi di Ukraine.

“MSM mencecah satu lagi paras tertinggi apabila ia ditutup melebihi paras RM6,500 satu tan,” katanya.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank berkurangan dua sen kepada RM8.75, Public Bank, CIMB dan IHH Healthcare, masing-masing merosot tiga sen kepada RM4.33, RM5.52 dan RM6.27 manakala Petronas Chemicals susut lima sen kepada RM9.18.

Daripada saham aktif, Dagang Nexchange merosot dua sen kepada RM1.19 manakala Jag Bhd menambah setengah mata kepada 36.5 sen dan Jaya Tiasa naik 2.5 sen kepada 91.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 33.45 mata kepada 11,295.64, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 33.05 mata kepada 11,999.24, FBM ACE susut 41.27 mata kepada 6,056.82, FBM 70 turun 53.30 mata kepada 13,481.89 dan Indeks FBMT 100 jatuh 35.00 mata kepada 10,961.34.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.93 mata kepada 208.85, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 37.72 mata kepada 16,301.48 manakala Indeks Perladangan naik 24.18 mata kepada 7,894.22.

— BERNAMA

Share223ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In