• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Untung Bersih Mr DIY Lebih Tinggi Sebanyak RM431.83 Juta Bagi Tahun Kewangan 2021

in Hebahan
A A
Model Perniagaan Berdaya Tahan MR DIY Tawar Pendapatan Mampan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Mr DIY Group Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM431.83 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021 berbanding RM337.16 juta pada tahun sebelumnya.

Perolehan meningkat kepada RM3.37 bilion daripada RM2.56 bilion sebelum ini, didorong pertambahan jumlah kedai, sumbangan positif daripada kedai baharu dan purata saiz bakul yang lebih tinggi, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut peruncit itu, rangkaian kedainya berkembang sebanyak 23 peratus tahun ke tahun kepada 900 pada suku keempat tahun kewangan 2021 berbanding 734 pada suku keempat bagi tahun kewangan 2020, mewakili pertumbuhan bersih sebanyak 166 kedai merentasi empat jenamanya iaitu MR DIY, MR DIY Express, MR TOY dan MR DOLLAR.

Bagi suku keempat (tahun kewangan 2021), keuntungan bersih syarikat tersebut menokok kepada RM134.55 juta daripada RM108.26 juta pada suku yang sama pada 2020, manakala perolehan menambah kepada RM975.39 juta daripada RM768.33 sebelum ini. 

“Perolehan bagi suku keempat adalah disebabkan peningkatan jumlah kedai selain berakhirnya kawalan pergerakan dan sekatan-sekatan lain yang dikenakan sebelum itu,” katanya.

MR DIY berkata ia mengisytiharkan dividen interim suku tahunan kira-kira RM56.5 juta bagi suku keempat tahun kewangan 2021, bersamaan nisbah pembayaran 42 peratus, menyumbang jumlah dividen terkumpul sebanyak RM185.2 juta bagi tahun kewangan 2021.

Mengenai prospek, peruncit itu berkata ia masih yakin berada dalam kedudukan yang baik untuk terus mencatatkan pertumbuhan jangka panjang yang mampan, antaranya didorong kekuatan sedia ada model perniagaannya dan kebolehan menjalankan inisiatif strategik bagi pertumbuhan kedai baharu.

“Kami komited menawarkan nilai dan kemudahan kepada pelanggan, disokong rangkaian 900 cawangan di seluruh negara, dengan kira-kira 18,000 unit simpanan stok (SKU) dan moto kami ‘Always Low Prices,’”katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Adrian Ong berkata aliran tunai dan lembaran imbangan syarikat tetap teguh dengan aliran tunai bersih daripada operasi berjumlah RM644.7 juta, manakala nisbah hutang bersih kekal baik pada 0.01 kali.

Menurutnya peruncit itu menyasarkan pembukaan 180 kedai merentasi empat jenamanya pada 2022, menjadikan keseluruhan jumlah kedai kepada kira-kira 1,100.

— BERNAMA

Share242ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In