• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, October 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

AirAsia X Catat Kerugian Bersih RM11.9 Juta Pada Suku Kedua

in Hebahan
A A
Kerugian Bersih AirAsia X Meningkat Kepada RM308.46 Juta Pada Suku Ketiga

Kredit gambar: Malay Mail

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — AirAsia X Bhd (AAX) terus mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM11.94 juta pada suku kedua berakhir 31 Dis 2021 di belakang hasil sebanyak RM119.31 juta.

Tidak ada maklumat kewangan perbandingan yang tersedia untuk tempoh yang sama tahun yang terdahulu memandangkan tahun kewangan kumpulan telah berubah dari 31 Dis 2020 kepada 30 Jun 2021.

“Tiada dividen diumumkan, diluluskan atau dibayar pada suku tahun yang ditinjau,” menurut syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

“Dalam tempoh tiga bulan sehingga Disember 2021, syarikat itu memperoleh pendapatan sebanyak RM119.4 juta melalui operasi kargo dan pajakan, naik sebanyak RM48.5 juta atau 68 peratus berbanding suku sebelumnya dan peningkatan berjumlah RM112.0 juta daripada suku yang sama pada 2020, yang hanya merekodkan hasil sebanyak RM7.4 juta.

“Peningkatan hasil yang ketara ini mencerminkan tumpuan baharu bagi mengembangkan perniagaan kargo syarikat, strategi yang akan digabungkan dengan pengangkutan penumpang untuk memastikan semua laluan operasi menjanjikan keuntungan sepanjang masa,” katanya.

AAX berkata operasi dalam suku berkenaan hanya membabitkan sejumlah tiga pesawat.

“Memandangkan lebih banyak pesawat secara progresif akan diaktifkan, hasil kargo dan pajakan dijangka akan terus berkembang dan ini, bakal mendapat tambahan hasil daripada jualan penumpang apabila pasaran dibuka semula,” katanya.

Kumpulan itu ketika mengulas mengenai perkara yang berkaitan dengan penstrukturan semula hutang dan korporat syarikat berkata kemajuan yang ketara telah dibuat pada suku tersebut.

Katanya, Mahkamah Tinggi telah meluluskan penyusunan semula hutang yang dicadangkan pada 16 Dis, 2021.

“Penstrukturan semula hutang yang dicadangkan akan berkuatkuasa apabila perintah sanksi dengan Pendaftar Syarikat diserahkan, yang dijangka berlaku pada minggu-minggu akan datang,” katanya.

AAX, yang melaporkan kerugian bersih kumpulan sebanyak RM33.69 juta untuk tempoh kewangan 18 bulan hingga 30 Jun 2021, menjadi terbitan praktik Nota 17 menjelang Oktober 2021 selepas juruaudit luar menyatakan penafian pendapat dalam kenyataan kewangan syarikat diaudit bagi tempoh 18 bulan.

Syarikat penerbangan itu terus berada dalam kerugian pada suku pertama yang berakhir 30 Sept 2021, melaporkan kerugian bersih sebanyak RM149.14 juta.

Pada penutup hari ini, saham AAX naik 3.88 peratus kepada 54 sen dengan 865,900 saham bertukar tangan.

— BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In