• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, October 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Farm Fresh Dijangka Disenaraikan Pada Suku Pertama 2022

in Hebahan
A A
Farm Fresh Dijangka Disenaraikan Pada Suku Pertama 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, Feb 15 (Bernama) — Farm Fresh Bhd yang menandatangani perjanjian taja jamin hari ini bersempena dengan tawaran awam permulaan (IPO)nya, dijangka disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities pada suku pertama tahun ini.

Kumpulan tenusu bersepadu itu berkata perjanjian taja jamin itu telah dimeterai dengan CIMB Investment Bank Bhd, Maybank Investment Bank Bhd, Affin Hwang Investment Bank Bhd, AmInvestment Bank Bhd, Hong Leong Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd.

“Dalam tempoh 12 tahun, kami telah berkembang menjadi antara pengeluar tenusu terkemuka negara walaupun terdapat saingan sengit daripada jenama lain.

“Majlis taja jamin ini membawa kami selangkah lebih dekat dengan cadangan kami untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Securities,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Loi Tuan Ee dalam satu kenyataan hari ini.

IPO itu terdiri daripada tawaran untuk jualan sehingga 520.2 juta saham sedia ada dan terbitan awam sebanyak 223 juta saham baharu.

Farm Fresh (dahulunya The Holstein Milk Company Sdn Bhd) adalah antara syarikat tenusu tempatan terbesar di Malaysia dengan anggaran 18 peratus penguasaan pasaran dalam segmen susu sedia untuk diminum setakat 30 Sept, 2021.

Ia mengendalikan lima ladang tenusu di Malaysia dan satu ladang tenusu di Australia merentasi kawasan seluas kira-kira 5,400 ekar (2,185 hektar).

— BERNAMA

Share296ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In