Baru buka platform pagi-pagi hari ini tengok semua kaunter minyak dalam watchlist berkelip-kelip hijau dia. Sekali buka carta semua sedang fly!
Diam tak diam, rupanya minyak mentah brent dah hampir mencecah USD96.00 setong dan dilihat mempunyai momentum untuk meneruskan kenaikan.
Harga minyak brent terkini sudah membuat kenaikan tertinggi sejak tahun 2015 dan telah melepasi harga tertingginya pada 2008 iaitu sekitar USD85.00 setong.
Dengan kenaikan harga minyak dunia ini, hari ini pada 14 Februari 2022 ketika sesi dagangan dibuka, banyak kaunter saham yang berkaitan dengan minyak membuat gap up.
Saham A yang sememangnya sedang membuat momentum kenaikan ditutup pada Jumaat lepas pada harga sekitar RM1.00. Hari ini saham ini membuat pembukaan pasaran pada harga sekitar RM1.15 seunit. Membuat gap up sekitar RM0.15 pada awal sesi dagangan hari ini.
Bukan sahaja gap up, malah membuat breakout 52 weeks high pada awal sesi dagangan di Bursa Malaysia hari ini.
Saham B ini pula secara keseluruhan sedang membuat fasa downtrend dan ditutup pada harga sekitar RM0.525 pada Jumaat lepas. Pada awal sesi dagangan hari ini, harga saham ini melonjak kepada RM0.55 seunit.
Membuat Gap Up sekitar RM0.025 seunit dan dilihat telah membuat breakout pada rintangan terdekatnya sekitar RM0.550 seunit.
Saham C ini pula jika dilihat pada carta, harga saham ini agak volatile dan dilihat sedang membuat pembentukan awal fasa kenaikan. Harga saham ini pada Jumaat lepas ditutup sekitar RM0.880 seunit.
Pada awal sesi dagangan pagi ini, harga saham ini dibuka pada harga sekitar RM0.925 seunit. Membuat gap up sebanyak RM0.0.45 dan dilihat telah melepasi harga rintangan terdekatnya sekitar RM0.90 seunit.
Saham D yang terakhir ini sedang berada di fasa downtrend dan dilihat sedang mencuba untuk membentuk fasa uptrend semula setelah mendatar selama hampir dua bulan.
Saham ini ditutup pada harga RM0.96 seunit pada Jumaat lepas dan pada pagi Isnin ini harga saham ini telah naik sekitar RM1.00 seunit. Membuat Gap Up sekitar RM0.04 seunit. Saham ini dilihat sedang mencuba untuk melepasi garisan resistance terdekatnya sekitar RMRM1.05 seunit.
Ada tak antara pembaca setia kami buat untung dekat kaunter minyak hari ni? Cuba kongsikan sikit.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




