Ada cara nak buat watchlist yang senang tak?
Orang kata jika nak cari saham yang nak dibeli, kita perlu gunakan analisa fundamental manakala analisa teknikal pula untuk tahu bila masa terbaik untuk saham tersebut dibeli.
Tapi sebenarnya dengan teknikal pun kita boleh menjawab soalan saham apa yang hendak dibeli. Kemudian kita reverse engineer untuk lebih mengenali saham-saham yang kita saring menggunakan analisa teknikal tadi.
“Tapi, macam mana nak cari saham yang hendak dibeli guna analisa teknikal?”
Dalam analisa teknikal, kita biasanya akan memilih saham yang sedang membuat fasa kenaikan atau uptrend untuk membeli dengan lebih selamat.
Ini kerana kebarangkalian untuk saham di fasa uptrend meneruskan kenaikan adalah lebih tinggi berbanding saham yang sedang berada di fasa sideways atau downtrend.
Tapi bagaimana dengan cara yang lebih mudah untuk kita saring saham-saham yang sedang uptrend? Perlu langgan screener berbayar ke untuk saring saham-saham yang sedang uptrend ini?
Sebenarnya boleh gunakan screener yang percuma sahaja untuk saring saham yang sedang berada di fasa uptrend ini.
Jom kita lihat cara nak saring saham yang sedang membuat uptrend dengan menggunakan screener daripada .
Saring 52 Week High Dan All Time High
Sumber :
Langkah-langkah untuk saring saham yang sedang membuat 52 Week High dan juga All Time High ini mudah sahaja.
Sumber: TradingView
Pertama, layari website dan pergi ke bahagian screeners. Kemudian pilih stock screener seperti gambar di atas.
Sumber: TradingView
Kemudian tekan butang filter pada bahagian kanan seperti gambar di atas untuk membuat ketetapan yang kita mahukan.
Sumber :
Kemudian buat saringan untuk 52 Week High dan juga All Time High seperti di atas. Jangan lupa untuk tetapkan pasaran saham di Malaysia dalam saringan ini.
Sumber :
Selepas itu, saringan saham kita tadi akan menunjukkan kaunter-kaunter saham, seperti kali ini ia menunjukkan 9 kaunter saham sahaja daripada lebih 700 saham yang didagangkan di Bursa Malaysia seperti di atas.
Boleh jadi ada hari saringan ini tidak memberikan satu kaunter pun lebih-lebih lagi jika keadaan pasaran sangat teruk.
Kaunter-kaunter di atas ini adalah saringan pada 12 November 2021 ya, jika anda sedang membaca artikel ini jangan pula gunakan saringan kaunter-kaunter di atas.
“Kenapa perlu saring saham 52 weeks high dan juga All Time High? Apa rasionalnya?”
Tadikan kita nak cari saham yang membuat uptrend, dengan saring saham-saham yang sedang berada di 52 week high dan juga all time high, secara tidak langsung saham tersebut sedang membuat uptrendline.
Daripada kaunter-kaunter saham yang telah disaring pula, bukan semua yang boleh pakai. Jika saham tersebut membuat kenaikan parabolik pun tak guna juga.
Panduan percuma: Berhati-hati dengan Kenaikan Parabolik
Selepas mendapat kaunter daripada saringan di atas, tunggu sehingga saham tersebut memberikan isyarat belian seperti breakout.
Sementara menunggu tu, boleh buat kajian CANSLIM dekat kaunter saham yang kita dah senarai pendekkan tadi.
Panduan percuma: Analyst Guna Formula CANSLIM Untuk Analisa Saham?
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Berjumpa lagi pada artikel seterusnya.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




