• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, October 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

MIDF Kekal Saranan ‘Positif’ Terhadap Sektor Automotif

in Hebahan
A A
MIDF Investment Kekalkan Sasaran Asas Akhir 2021 Bagi FBM KLCI Pada 1,700 Mata
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — MIDF Research mengekalkan saranan ‘positif’ terhadap sektor automotif dan membuat saranan ‘beli’ kepada UMW Holdings Bhd (UMW) pada harga sasaran (TP) RM4.35 sesaham, manakala TP RM3.87 bagi MBM Resources Bhd (MBM Resources).

Katanya kedua-dua syarikat itu adalah syarikat tersenarai utama dalam Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berikutan UMW dan MBM Resources memiliki Perodua, masing-masing sebanyak 38 peratus dan 22.6 peratus. 

“MBM Resources menyediakan kemasukan yang lebih rendah iaitu 6.3 kali ramalan nisbah harga perolehan tahun kewangan 2022 dan lebih leveraj kepada pendapatan Perodua (kira-kira 69 peratus daripada pendapatan kumpulan),” menurut MIDF dalam nota hari ini.

MIDF mengunjurkan sasaran jualan sebanyak 240,000 unit bagi Perodua pada tahun ini berbanding sasaran pengeluar kereta itu iaitu 247,800 unit, seiring dengan anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) yang lebih konservatif.

“Perodua menyasarkan pertumbuhan tahun-ke-tahun lebih 30 peratus bagi jumlah jualan kepada 247,800 unit pada 2022, berdasarkan andaian bahagian pasaran yang mengembang 40.6 peratus tahun ini daripada 37.4 peratus pada 2021, selain ramalan TIV berjumlah 610,000 unit pada 2022.

“Secara keseluruhan, sasaran jualan Perodua adalah kejutan yang positif dan mungkin menyebabkan  risiko meningkat terhadap ramalan kami. Bagaimanapun, apa yang lebih penting, ia menyokong saranan ‘positif’ kami ke atas sektor automotif,” kata MIDF.

MIDF turut mengulangi saranan ‘beli’ ke atas Bermaz Auto Bhd dengan TP sehingga RM1.98 sesaham berdasarkan pengembangan volum syarikat itu dan pelancaran kenderaan elektrik (EV) yang agresif untuk memanfaatkan insentif EV.

— BERNAMA

Share248ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In