• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, October 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

YB Ventures Cadang Terbitan Waran Bonus Satu Untuk Dua

in Hebahan
A A
Terbitan Hak ICULS YB Ventures Terlebih Langgan 46.6 Peratus, Kumpul RM48.4 Juta Untuk Naik Taraf

Sumber Gambar: NST

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) — YB Ventures Bhd telah mencadangkan untuk melaksanakan terbitan waran bonus untuk memberi ganjaran kepada pemegang sahamnya dan membenarkan kumpulan memperoleh hasil tanpa menimbulkan faedah apabila waran boleh tukar untuk tempoh tiga tahun dilaksanakan.

Pengilang jubin dan syarikat teknologi maklumat akan melaksanakan terbitan bonus sehingga 749 juta waran percuma berdasarkan satu waran bagi setiap dua saham biasa sedia ada yang dipegang pada tarikh kelayakan yang akan ditentukan kemudian.

Pengarah Eksekutifnya Datuk Au Yee Boon berkata tawaran itu merupakan langkah korporat yang menarik untuk memberi ganjaran kepada pemegang saham setia kami, membolehkan mereka mempunyai penyertaan yang lebih besar dalam terbitan YB Ventures tanpa menanggung sebarang kos.

“Kami juga yakin dapat mengekalkan tahun yang menguntungkan bagi tahun kewangan 2021 walaupun menerima kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

“Operasi perniagaan kami dibuka sepenuhnya selepas semua pekerja operasi kami mendapat dos kedua vaksin mereka yang selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Melangkah ke hadapan, beliau berkata bahawa kumpulan itu akan meneroka peluang penggabungan dan pengambilalihan (M&A) terhasil ekoran pandemik COVID-19.

“Persekitaran kadar faedah yang rendah dan lembaran imbangan syarikat yang kukuh meletakkan kami pada kedudukan yang baik untuk berunding dengan calon-calon berpotensi.

“Kami harap dapat memuktamadkan sekurang-kurangnya satu perjanjian M&A pada separuh pertama 2022. Perjanjian itu akan mewujudkan nilai bagi pemegang saham kami dengan menjana aliran tunai yang mampan kepada kumpulan,” katanya.

Kumpulan itu mempunyai wang tunai dan baki bank sebanyak RM122 juta dengan RM21 juta dalam pelaburan lain dan sifar pinjaman pada lembaran imbangannya setakat September 2021.

— BERNAMA

Share234ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In