• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, October 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Senheng Mula Disenarai Di Pasaran Utama Pada Harga 90 Sen

in Hebahan
A A
Senheng Peroleh Kelulusan SC Untuk Disenaraikan Di Pasaran Utama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) — Peruncit elektrik dan elektronik pengguna, Senheng New Retail Bhd (Senheng) memulakan penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini pada harga 90 sen, diskaun sebanyak 17 sen daripada harga tawarannya sebanyak RM1.07.

Pada pembukaan, syarikat itu menyaksikan 6.19 juta sahamnya didagangkan.

Senheng ialah syarikat pertama yang disenaraikan di Pasaran Utama tahun ini.

Pengerusi Eksekutif Lim Kim Heng berkata syarikat itu menyasarkan untuk mengumpul RM267.5 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO), dengan RM22 juta akan digunakan untuk membangunkan perniagaan pengedaran jenama baharu dan RM160.5 juta untuk menubuhkan kedai baharu serta menaik taraf kedai sedia ada menjadi kedai konsep yang lebih besar dan dipertingkatkan.

“Kumpulan itu turut berhasrat menaik taraf atau menyediakan 61 kedai baharu dan sedia ada dari tahun 2022 hingga 2024 untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan,” katanya kepada media selepas majlis penyenaraian yang diadakan secara maya hari ini.

Lim berkata sejumlah RM29.7 juta lagi akan dimanfaatkan untuk mengembangkan dan menaik taraf gudang dan rangkaian logistik serta meningkatkan infrastruktur digital kumpulan, manakala baki RM55.3 juta akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank dan perbelanjaan penyenaraian.

Sehingga kini, SenHeng mengendalikan lebih 100 kedai di seluruh negara, menawarkan lebih daripada 10,000 unit penyimpanan stok daripada lebih 280 jenama terkenal.

Sebagai peruncit elektronik pengguna terbesar di Malaysia, Lim berkata syarikat itu berhasrat untuk terus mengenal pasti jenama yang sesuai bagi peralatan dapur, peralatan penjagaan diri dan kecantikan, barangan elektrik rumah dan produk internet pelbagai benda (Internet-of-Things) untuk memberikan pilihan yang lebih luas kepada pengguna Malaysia.

Melangkah ke hadapan, Lim berkata selain daripada mengembangkan dan menaik taraf kedai fizikal, syarikat itu juga akan meningkatkan keupayaannya pada platform dalam talian dan operasi bahagian dalaman.

“Kami akan melengkapkan portfolio produk yang lebih besar dengan Aplikasi Senheng serba baharu, dan kami menyasarkan untuk membawa ekosistem gaya hidup baharu kepada ahli setia PlusOne kami.

“Kemudahan yang lancar dengan ganjaran pulangan tunai S-Coin yang menarik, pasti akan meningkatkan jumlah pelanggan,” katanya, sambil menambah Senheng merancang untuk mengagihkan dividen sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keuntungan bersihnya kepada para pemegang saham.

— BERNAMA

Share248ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In