• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, October 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Bursa Malaysia Perkukuh Keperluan Penyenaraian Untuk Tingkat Keberkesanan Lembaga

in Hebahan
A A
Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Untuk Minggu Ketujuh Berturut – Turut

Sumber : The Sun Daily

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd hari ini mengumumkan pengukuhan  Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama dan Pasaran ACE yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kebebasan, kualiti dan kepelbagaian lembaga pengarah.

Bursa itu berkata untuk meningkatkan kualiti dan kebebasan lembaga, Keperluan Penyenaraian yang dipertingkatkan kini mengehadkan tempoh pengarah bebas kepada tidak lebih daripada tempoh kumulatif 12 tahun dalam penerbit tersenarai (PLC) dan kumpulan perbadanannya. 

“Semua pengarah bebas yang telah lama berkhidmat yang terlibat dalam penyelarasan ini perlu meletakkan jawatan atau dilantik semua sebagai pengarah bukan bebas menjelang 1 Jun, 2023,” kata Bursa Malaysia dalam satu kenyataan. 

Pengukuhan utama lain adalah PLC dengan permodalan pasaran RM2 bilion sehingga 31 Dis, 2021, dikehendaki untuk melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita ke dalam lembaga pengarah menjelang 1 Sept, 2022, seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Bajet 2022. 

Bagi PLC lain, ia berkata, keperluan itu perlu dipatuhi menjelang 1 Jun, 2023. 

Selain itu, bursa juga memperkenalkan peraturan baharu yang memerlukan PLC menyediakan dasar yang sesuai dan wajar sebagai persediaan bagi pelantikan dan pemilihan semula pengarah dalam kumpulan PLC yang mesti disiarkan di laman web PLC bermula 1 Julai, 2022.

“PLC juga dikehendaki mendedahkan pelaksanaan dasar yang sesuai dan wajar dalam pencalonan dan pemilihan para pengarah dalam laporan tahunan mereka.

“Ini bertujuan menambah baik keseluruhan kualiti pengarah dan menggalakkan ketelusan lebih tinggi bagi kriteria pelantikan lembaga,” kata Bursa Malaysia.

Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif  Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift berkata pemindaan ini akan menjadi pendorong bagi PLC untuk menyusun semula komposisi lembaga pengarah mereka dengan tumpuan utama kepada kualiti, kepelbagaian dan kebebasan, yang seterusnya akan meningkatkan kedinamikan lembaga. 

Maklumat lanjut mengenai pindaan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama itu boleh didapati di  https://www.bursamalaysia.com/regulation/listing_requirements/main_market/amendme nts_to_listing_requirements and amended ACE Market Listing Requirements can be read at https://www.bursamalaysia.com/regulation/listing_requirements/ace_market/amendmen ts_to_listing_requirements.

— BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

2 years ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

3 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In