• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

RHB Research Menjangkakan Harga Minyak Stabil Pada AS$69 Setong

in Hebahan
A A
Pemulihan Ketara Dalam Sektor Minyak & Gas Dijangka Pada Separuh Kedua 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) — RHB Research menjangkakan harga minyak akan stabil pada AS$69 dan AS$65 setong (bbl) masing-masing pada 2022 dan 2023, manakala andaian jangka panjang harga minyak kekal pada AS$60 bbl.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, firma itu berkata ia menjangkakan semakan menurun selanjutnya dalam permintaan minyak mentah oleh agensi-agensi utama dalam beberapa bulan akan datang, disebabkan pelaksanaan semula langkah penutupan sebagai tindak balas kepada kemunculan varian baharu COVID-19.

“Sehubungan itu, kami percaya pasaran akan mengambil kira kesan Omicron pada tahap tertentu.

“Tekanan terhadap bekalan akan kekal pada 2022, tetapi strategi Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) masih sangat positif mengenai harga, terutamanya apabila harga minyak turun, kerana kartel dalam industri itu bersedia untuk menyesuaikan tahap pengeluaran bagi menyokong harga,” katanya.

Ia juga meramalkan harga minyak yang lebih lemah daripada jangkaan dan perbelanjaan oleh syarikat-syarikat utama minyak.

Firma penyelidikan itu juga menjangkakan pemulihan yang lebih lama daripada jangkaan untuk kapal tangki, kerana pasaran bagi kapal tangki petroleum sangat lemah pada 2021 disebabkan lebihan tan.

“Kami percaya titik perubahan boleh menjadi kenyataan pada 2022, memandangkan jangkaan pemulihan ekonomi dan peningkatan beransur-ansur dalam pengeluaran minyak OPEC dan sekutunya.

“Inventori minyak global telah rendah dan meningkatkan semula inventori juga mungkin berlaku tahun depan,” tambahnya.

Oleh yang demikian, RHB Research mengekalkan saranan ‘beli lebih’ pada segmen minyak dan gas bersepadu, berdasarkan semakan ke atas panduan aktiviti dalam Prospek Aktiviti Petronas 2022-2024 terkini, yang mungkin mencadangkan pemulihan dalam aktiviti huluan harus dipercepat pada 2022.

“Kami menganggarkan perbelanjaan modal Petronas di antara RM40 bilion dan RM45 bilion pada 2022, dengan penggunaan semula sumber yang berterusan kepada sumber boleh diperbaharui,” tambahnya.

— BERNAMA

Share231ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In