• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Mah Sing Optimis Pemulihan Pasaran Hartanah Susulan Peningkatan Permintaan

in Hebahan
A A
Mah Sing Dapat Kelulusan Pengeluaran Sarung Tangan, Penjagaan Kesihatan

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) —  Mah Sing Group Bhd yakin dalam berhati-hati dengan prospek hartanah bagi tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang susulan jangkaan permintaan kukuh daripada penduduk muda di negara ini. 

Impak pandemik COVID-19 telah mempengaruhi pasaran hartanah di Malaysia dalam tempoh dua  tahun lepas yang membawa kepada perubahan pola penggunaan dan perubahan baharu bagi pemain hartanah, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini. 

“Kumpulan menjangkakan kemajuan pemulihan yang pantas, sekiranya pertumbuhan ekonomi global dan domestik stabil. Keseluruhan kekuatan ekonomi adalah elemen paling penting yang mempengaruhi nilai hartanah. 

“Selain itu, prospek ekonomi yang lebih baik juga dijangkakan bagi tempoh bulan-bulan yang akan datang, ditunjukkan menerusi pertumbuhan kukuh Indeks Pelopor berbanding bulan sebelumnya. Begitu juga, situasi perniagaan yang positif dijangkakan bagi tempoh enam bulan akan datang seperti yang dilaporkan dalam Perangkaan Kecenderungan Perniagaan. 

“Pekerjaan dalam pelbagai industri terrmasuk hospitaliti, penerbangan, pelancongan dan korporat, mungkin mula meningkat dan pada satu tahap akan membantu menambah baik kuasa beli dalam sektor hartanah,” katanya.

Sementara itu, Mah Sing berkata permintaan sewa dijangka meningkat tahun depan berikutan pembukaan semula sempadan perjalanan dengan lebih ramai ekspatriat asing, rakan kongsi perniagaan, pelancong dan pelajar asing menyumbang kepada jumlah pertumbuhan.  

Menurut Analisis Permintaan Portal (Pasaran Sewa Kediaman) Separuh Pertama iProperty, permintaan sewa di Lembah Klang meningkat daripada -2.9 peratus pada Separuh Pertama 2020 kepada  +2.6 peratus pada Separuh Pertama 2021.

“Ramai penyewa di Kuala Lumpur mencari kondominium dan kediaman berperkhidmatan bersaiz antara 1,000 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi berharga daripada RM1,500-RM2,000. Ini boleh memberi manfaat bagi pembeli rumah yang berhasrat membeli rumah untuk pelaburan,” kata syarikat itu.

Mah Sing berkata pasaran hartanah diunjur mencatatkan pemulihan ketika negara melangkah ke tahun 2022.

“Kami akan terus memastikan produk kami mengikuti sentimen pasaran dan memenuhi permintaan terpendam bagi rumah mampu milik. 

“Kumpulan mahu terus memanfaatkan kekuatan platform pasaran digital sedia adanya bagi meningkatkan jualan dengan menyelaraskan proses daripada kesedaran kepada pembayaran,” katanya. 

— BERNAMA

Share354ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In