• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Dari Segambut Ke New York: Grab Rai Penyenaraian Bersejarah

in Hebahan
A A
Dari Segambut Ke New York: Grab Rai Penyenaraian Bersejarah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Di bawah penanda simbol “GRAB”, peneraju superapp di Asia Tenggara, Grab Holdings Limited meraikan penyenaraian syarikat bersama warga kerja Grab, rakan-pemandu, penghantar dan peniaganya bersempena penganjuran sulung majlis deringan loceng pertama pembukaan Nasdaq di rantau ini. 

Berlangsung di Singapura, majlis itu diadakan selepas syarikat pengangkutan dan penghantaran yang berusia sembilan tahun itu mengumumkan penggabungan dengan syarikat pengambilalihan tujuan khas (SPAC) bernilai US$40 bilion (kira-kira RM169.12 bilion).

Pada April lepas, syarikat itu telah bergabung dengan Altimeter Growth Corp, SPAC daripada Altimeter Capital Management dan meraih US$4.5 bilion, termasuk US$750 juta daripada Altimeter.

Dalam ucapan, Pengerusi Asia Pasifik Nasdaq Bob McCooey berkata ini merupakan penyenaraian awam Amerika Syarikat yang terbesar oleh sebuah syarikat Asia Tenggara.

“Saya telah melihat perkembangan Grab menjadi nama yang terunggul dan menjadi superapp nombor satu di Asia Tenggara.

“Setelah meluangkan beberapa hari di Singapura, saya telah mencuba menempah kereta, memesan makanan dan membuat pembayaran melalui GrabPay. Saya amat tertarik dengan pengalaman penggunaan aplikasi ini!

“Lebih penting, saya menghormati syarikat seperti Grab yang telah memperkasakan rakyat di serata Asia Tenggara dan saya gembira dapat bertemu dengan rakan pemandu dan rakan peniaga Grab di sini, dan mereka adalah contoh bagaimana teknologi boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan dan peluang memperoleh pendapatan,” katanya.

McCooey berkata pencapaian hari ini adalah bukti kerja keras warga kerja Grab dan pembuka semangat kepada semua untuk berinovasi dan merealisasikan agenda digitalisasi di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama Grab Anthony Tan berkata penting bagi syarikat pengangkutan dan penghantaran untuk tidak melupakan asas pembangunan syarikat ini.

“Malah, nadi dan usaha keras warga kerja Grab untuk menyediakan khidmat kepada rakan niaga kami dan sebagai pulangan, dedikasi mereka dalam memberikan khidmat kepada para pelanggan telah meletakkan Grab pada kedudukannya hari ini.

“Ini merupakan sebab mengapa kami menganjurkan majlis ini di tempat kami. Ia amat bermakna untuk berada di sini bersama-sama komuniti kami dan berkongsi saat ini bersama mereka, meraikan lembaran baharu perjalanan Grab,” katanya pada majlis itu.

Tan dan Pengasas Bersama Grab Tan Hooi Ling berada di pentas bersama wakil rakan-pemandu, penghantar dan komuniti peniaga Grab.

Mereka mewakili barisan hadapan yang telah membawa pelanggan, menyediakan dan menghantar makanan dan barangan penting, terutamanya semasa tempoh kawalan pergerakan yang kritikal bagi mengawal penularan pandemik COVID-19.

Sebagai pengiktirafan usaha kolektif dan sokongan berterusan komuniti Grab sehingga merealisasikan pencapaian penting ini, kira-kira 1,500 warga kerja Grab serta wakil-wakil rakan Grab dari Asia Tenggara telah dipaparkan di Menara Nasdaq, Times Square, New York City, selepas Grab disenaraikan secara rasmi di Nasdaq. 

Dari pejabat pertamanya yang berpangkalan di Segambut di sini, penyenaraian Grab di Nasdaq telah menetapkan penanda aras yang tinggi untuk syarikat permulaan di Asia Tenggara.

Dalam kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Rafiza Ghazali berkata sebagai agensi pendanaan milik kerajaan Malaysia yang telah menyokong Grab (dahulunya dikenali sebagai MyTEKSI) pada peringkat awalnya, pihaknya amat berbangga untuk menyaksikan Grab sebagai alumni pertama Cradle mencapai pentas global. 

“Komitmen dan kejayaan keusahawanan Grab seharusnya dikongsi dengan pelbagai pihak. Perjalanan anda merupakan satu kisah yang memberikan ilham.

“Sebuah syarikat permulaan berasaskan teknologi Malaysia yang berkaliber tinggi telah berkembang teguh di peringkat antarabangsa. Kami percaya kejayaan anda akan memberi inspirasi kepada mereka untuk ‘Think BIG’ dan terus menjadi contoh yang baik kepada syarikat permulaan lain di Malaysia. 

“Bekerjasama adalah permulaan, terus bersama adalah perkembangan dan usaha sama akan membawa kejayaan yang seterusnya.

 “Kami gembira untuk terus mewujudkan dan membina sebuah ekosistem yang menyokong persekitaran pembentukan perniagaan yang inovatif dan teguh bagi usahawan teknologi dan pembawa pembaharuan, seiring dengan prinsip kami iaitu ‘Creating Leading Startups!’,” katanya.

 Grab diasaskan pada 2012 dengan misi untuk memacu Asia Tenggara ke hadapan dengan mewujudkan pemerkasaan ekonomi untuk semua orang dan sejak itu, aplikasi pintar Grab telah dimuat turun ke dalam berjuta-juta peranti mudah alih.

Operasi Grab kini merentasi pelbagai bidang termasuk penghantaran, mobiliti dan perkhidmatan kewangan digital di lebih 400 bandar di lapan negara Asia Tenggara iaitu Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Aplikasi pintar Grab membolehkan jutaan orang mendapatkan khidmat rakan pemandu dan rakan peniaganya untuk memesan makanan atau barangan runcit, menghantar pakej, menaiki kereta atau teksi, membayar pembelian dalam talian atau memanfaatkan perkhidmatan seperti pinjaman, insurans, pengurusan kekayaan dan telemedicine, hanya melalui satu aplikasi pintar harian.

— BERNAMA 

Share629ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In