Eh ada update status syariah baru ke? Kalau saham yang aku pegang ni jadi tak syariah apa nak buat?
Di Malaysia, status patuh syariah kaunter-kaunter saham yang didagangkan di Malaysia akan dikemaskini sebanyak dua kali setahun.
Pada 25 November 2021, pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengeluarkan senarai baru status patuh syariah saham-saham yang didagangkan di Bursa Malaysia.

Status syariah setiap kaunter ini ditentukan oleh panel syariah daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sendiri berdasarkan tanda aras seperti:-
- Aktiviti Perniagaan Syarikat
- Nisbah Kewangan Syarikat
Daripada tanda aras ini, syarikat perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk status saham syarikat menjadi patuh syariah.
Terkini, sebanyak 25 saham yang didagangkan di Bursa Malaysia telah terkeluar daripada senarai saham patuh syariah. Senarainya adalah seperti berikut:-

Daripada senarai saham-saham yang telah berubah status kepada tidak patuh syariah di atas, ada beberapa saham yang agak popular di kalangan pelabur seperti:-
- BCM Alliance Bhd (BCMALL)
- Deleum Bhd (DELEUM)
- HLT Global Bhd (HLT)
- Rubberex Corporation (M) Bhd (RUBEREX)
- Yinson Holdings Bhd (YINSON)
Saham-saham di atas ini antara saham yang sering dijual beli dalam pelabur tempatan. Sekarang saham-saham ini sudah tidak patuh syariah dan jika ada yang masih memegang saham-saham ini apa perlu mereka buat?
Jual Terus Jika Sedang Untung
Jika anda sedang untung memegang saham-saham yang dulunya syariah dan tiba-tiba statusnya bertukar menjadi tidak syariah, tindakan seterusnya adalah terus menjual semua pegangan anda tadi.
Keuntungan anda tadi adalah halal untuk anda gunakan kerana anda melabur ketika saham tersebut berstatus patuh syariah. Tetapi pastikan anda menjual sebaik sahaja saham tersebut bertukar status.
Boleh Simpan Jika Sedang Rugi
Jika anda sedang memegang saham-saham yang baru bertukar status kepada tidak patuh syariah dan sedang rugi, anda sebenarnya dibenarkan untuk simpan saham tersebut sehingga balik modal sebelum menjualnya kembali.
Anda hanya dibenarkan untuk mendapatkan semula modal pelaburan anda dan dilarang sama sekali untuk meraih sebarang keuntungan daripada saham tersebut.
Itu adalah antara pilihan yang pelabur boleh buat jika saham pegangan mereka berubah status daripada patuh syariah kepada tidak patuh syariah.
Semoga keuntungan pelaburan anda semua adalah keuntungan yang berkat.
Nak tahu bagaimana saham itu boleh menjadi patuh syariah? Jom tengok video ini.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->





