Berapa ramai yang tahu apa itu litium dan kegunaannya?
Apa Itu Litium?
Sumber: Forbes
Tahukah anda litium merupakan logam paling ringan yang mempunyai unsur pepejal? Litium boleh didapati di seluruh dunia. Secara semula jadi, litium tidak wujud dalam keadaan tulen tetapi boleh diekstrak dalam kuantiti yang kecil daripada batu, tanah liat dan air garam.
Jom kita belajar sains secara ringan. Litium adalah unsur kimia dengan simbol Li. Takat lebur litium adalah 180.5°C dan takat didih 1342°C.
Sumber: greentechmedia
Litium adalah unsur yang sangat reaktif dan mudah terbakar. Sifat litium adalah ia merupakan logam keperakan lembut yang biasanya berwarna putih kelabu hasil pembentukan oksida.
Kegunaan Litium
Litium digunakan secara meluas dalam menghasilkan pelbagai produk. Antaranya adalah:
- Pembinaan pesawat.
- Pembuatan tembikar.
- Agen fluks pada enamel dan gelas.
- Bateri yang boleh dicas semula bagi telefon bimbit, komputer riba, kamera digital dan kereta elektrik.
- Bateri yang tidak boleh dicas semula yang digunakan dalam alat mainan dan jam.
Sumber: renovablesverdes.com
Negara Dengan Simpanan Litium Terbanyak
Sumber: Statista
Chile merupakan negara dengan simpanan litium terbesar di dunia dan diikuti oleh Australia dan Argentina. Data tersebut adalah setakat tahun 2020 dan telah diambil daripada laman sesawang yang memberi maklumat statistik iaitu Statista.
Betul Ke Litium Akan Habis?
Pada masa ini, pengeluar kenderaan sedang bergelut dengan kekurangan semikonduktor. Sementara isu ini masih lagi panas, timbul pula masalah yang baru.
Sesetengah pakar berkata bahawa krisis rantaian bekalan seterusnya bagi Amerika Syarikat adalah melibatkan bateri litium-ion.
Banyak syarikat di Amerika seperti GM, Ford dan lain-lain sedang meningkatkan pengeluaran kenderaan elektrik. Namun, pengeluaran bateri di Amerika pada masa ini dijangka tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi tersebut.
Walaupun Amerika Syarikat mempunyai beberapa fasiliti pembuatan bateri berskala besar seperti Gigafactory Tesla yang beroperasi dengan kerjasama Panasonic, pertikaian perdagangan di antara dua pembuat bateri korea, LG Chem dan SK Innovation akan memberi ancaman terhadap penubuhan kilang bateri baru di Georgia pada masa hadapan.
Sumber: Forbes
Dengan pembangunan kereta elektrik, litium semakin diperlukan dan permintaan terhadap litium meningkat sebanyak 25% setiap tahun.
Litium yang dilombong untuk penghasilan bateri menyumbang hanya 9% daripada kesemua litium yang dihasilkan pada tahun 2000. Namun pada 2020, litium yang digunakan untuk pembuatan bateri telah melonjak kepada 66%.
IHS Markit menganggarkan 90% daripada litium yang dilombong akan digunakan untuk pelbagai aplikasi menjelang 2030.
Tahukah anda menjelang 2030, kenderaan elektrik akan memerlukan 2700 GWh nilai bateri litium-ion setahun?
Ia bersamaan dengan 225 bilion bateri iPhone 11 dan lebih 13 kali ganda kuasa bateri yang digunakan kita sekarang.
Kesan Kekurangan Bekalan Litium
- Harga litium dijangka akan terus menaik kerana kadar permintaan yang semakin meningkat sedangkan bekalan yang ada semakin terhad.
- Harga kenderaan elektrik dijangka akan turut meningkat dengan kenaikan harga litium.
- Hampir 19 juta kenderaan elektrik berpotensi lenyap untuk dekad yang akan datang kerana kekurangan sel bateri, menurut laporan dari Pusat Penyelidikan Automotif.
- Kajian untuk membangunkan pelbagai jenis bateri yang baru perlu dilakukan.
- Persaingan tinggi daripada pelbagai industri untuk mendapatkan litium bagi menghasilkan produk masing-masing.
- Harga produk digital seperti telefon pintar, kamera digital dan komputer riba berpotensi untuk meningkat.
Bekalan Litium Berkurangan, Harga Litium Naik Tak?
Pengeluar litium terbesar adalah Australia, Chile, Argentina, dan China. Pengimport litium terbesar pula adalah China, Jepun Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Menurut Trading Economics, harga litium karbonat di China meningkat lebih 190,000 yuan setan. Ia merupakan rekod tertinggi disebabkan permintaan yang semakin meningkat dan bekalan yang terhad.
Sumber: Trading Economics
Berdasarkan data yang disediakan oleh Trading Economics, harga litium menurun dari 2017 sehinggalah penghujung tahun 2020. Harga litium mula membuat kenaikan di penghujung 2020, setelah industri telefon bimbit dan industri kenderaan mula berkembang dengan pesat.
Sekiranya bekalan litium kekal terhad dan semakin berkurangan, tidak mustahil harganya akan terus naik.
Malah litium dijangka didagangkan pada 200,563.45 yuan setan menjelang penghujung suku ini.
Sumber: Trading Economics
Dalam tempoh 12 bulan daripada sekarang, Trading Economics menjangkakan litium bakal didagangkan pada 216,555.35 yuan.
Sumber:
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->





