“Ada ke saham yang bagi dividen lagi tinggi daripada buku biru?”
Dalam pelaburan saham, kita ada dua cara untuk menjana keuntungan iaitu daripada capital gain dan juga daripada pendapatan dividen.
Untuk keuntungan melalui capital gain, caranya adalah dengan menjual saham apabila harganya meningkat.
Untuk pendapatan dividen pula, kita perlu mencari syarikat yang memberikan dividen kepada pelabur mereka, kerana bukan semua syarikat wajib memberikan dividen.
Pelabur yang mencari keuntungan dividen perlu faham tentang dividen per share dan juga dividen yield terlebih dahulu.
Baca: Apa Perbezaan Dividend Per Share (DPS) Dengan Dividend Yield (DY)?
Jika syarikat A memberikan dividen RM1.00 untuk seunit saham yang dimiliki dan syarikat B pula memberikan dividen sebanyak RM0.80 untuk seunit saham yang dimiliki pelabur, adakah syarikat A lebih berbaloi dilaburkan untuk meraih keuntungan dividen?
Walaupun syarikat A memberikan dividen lebih banyak berbanding syarikat B, belum tentu pelaburan untuk meraih keuntungan dividen syarikat A lebih berbaloi berbanding syarikat B.
Ini kerana pelabur perlu juga membandingkan harga sesaham syarikat A berbanding harga sesaham syarikat B.
Untuk membuat perbandingan yang lebih tepat, pelabur perlu menggunakan formula pengiraan dividend yield. Formulanya adalah seperti berikut:-
Sumber: The Kapital
Dengan membuat perbandingan dividend yield ini, barulah pelabur tahu saham yang mana lebih berbaloi untuk dilaburkan bagi meraih keuntungan dividen.
Baru-baru ini, Bursa Malaysia telah mengeluarkan 5 syarikat yang mempunyai dividend yield tertinggi untuk tempoh 12 bulan terkini sehingga September 2021.
Mari kita lihat 5 syarikat yang mempunyai dividend yield yang tertinggi untuk 12 bulan terkini.
Top 5 Syarikat Mempunyai Dividend Yield Tertinggi
Sumber: Bursa MarketPlace
Berdasarkan data setakat 30 September 2021, lima syarikat di atas ini antara syarikat yang mempunyai nilai dividend yield tertinggi di Bursa Malaysia.
Mari kita lihat top 3 harga saham syarikat ini dan nilai dividen sesaham daripada lima syarikat di atas setakat 30 September 2021 dan 12 bulan sebelumnya.
Dividend Yield Sebanyak 28.71% Daripada Naim Holdings Berhad
Naim Holding Berhad merupakan syarikat dalam sektor hartanah yang mempunyai nilai pasaran sekitar RM334.0 Juta.
Sumber: Investing.com
Menurut data daripada Investing.com, harga saham Naim ini pada 30 September adalah bernilai RM0.62 sesaham.
Untuk jumlah dividen daripada Oktober 2020 sehingga September 2021 pula, Naim telah memberikan dua kali dividen kepada pelabur mereka.
Sumber: KLSE Screener
Dividen dibayar pada 9 November 2020 sebanyak RM0.099 sesaham dan dividen kedua dibayar pada 6 Ogos 2021 sebanyak RM0.079 sesaham. Jumlah keseluruhan sesaham daripada oktober 2020 sehingga September 2021 adalah RM0.178 sesaham.
Jika dibahagikan dengan harga saham ini pada 30 September 2021 yang bernilai RM0.62 seunit, dividend yield syarikat ini adalah sekitar 28.71%.
Dividend Yield Sebanyak 23.81% Daripada Computer Forms
Syarikat Computer Forms (Malaysia) Berhad pula merupakan syarikat yang berada dalam sektor perkhidmatan industri dan mempunyai nilai pasaran sekitar RM132.2 juta.
Sumber: Investing.com
Harga saham ini pada 30 September 2021 menurut data daripada Investing.com ini adalah RM0.840 seunit.
Syarikat ini telah memberikan dividen untuk kali pertamanya pada 10 September 2021.
Sumber: KLSE Screener
Nilai dividen yang CFM berikan kepada pelabur mereka pada 10 September 2021 ini adalah sebanyak RM0.20 seunit.
Jika dibahagikan jumlah dividen sesaham ini dengan harga sahamnya pada 30 September 2021 yang bernilai RM0.84, nilai dividend yield syarikat ini adalah sekitar 23.81%.
Dividend Yield Sebanyak 19.48% Daripada Top Glove Corporation
Top Glove Corporation Berhad merupakan syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia. Syarikat ini mempunyai nilai pasaran sekitar RM20.6 billion.
Sumber: Investing.com
Harga saham Top glove pada 30 September 2021 adalah sekitar RM2.88 sesaham. Untuk 1 Oktober 2020 sehingga 30 September 2021, Top Glove telah membayar sebanyak 4 kali dividen kepada pelabur mereka.
Sumber: KLSE Screener
Bermula dengan dividen yang bernilai RM0.085 pada 3 November 2020 dan diikuti dengan bayaran kedua pada 11 Januari 2021 sebanyak RM0.165 sesaham.
Bayaran dividen ini diteruskan lagi pada 6 April 2021 sebanyak RM0.252 sesaham dan 7 Julai 2021 sebanyak RM0.18 sesaham.
Jika ditambah kesemua jumlah dividen ini, jumlahnya adalah sebanyak RM0.682 untuk tempoh Oktober 2020 sehingga September 2021.
Jika dibahagikan dengan harga saham Top Glove pada 30 September 2021 yang bernilai RM2.88, nilai dividend yield Top Glove adalah 23.68%. Berbeza sedikit seperti yang diberikan oleh Bursa Malaysia di atas.
Berikut merupakan tiga syarikat yang memberikan nilai dividend yield yang tinggi di Bursa Malaysia. Namun kepada yang belum membeli saham-saham di atas, jangan mengharap beli hari ini dan akan dapat pulangan dividen yang sama banyak seperti di atas.
Anda juga perlu tahu bagaimana mengira dividend yield yang betul mengikut masa pembelian anda sendiri.
Baca: Cara Kira Kadar Dividen yang Anda Terima Dengan Betul
Semoga artikel kali ini bermanfaat kepada anda dan terima kasih kerana sokongan anda kepada kami selama ini. Berjumpa di artikel seterusnya.
Kerja Makan Gaji Dan Tak Sempat Nak Monitor Saham? Kami Kongsikan Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Kami janji akan dapat banyak ilmu dan mudah faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Memang berbaloi……
Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang!




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)