Belanjawan 2022 yang dibentangkan tidak mesra pelabur!
Pada 29 Oktober baru-baru ini, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan Belanjawan 2022 di parlimen.
Dalam belanjawan ini, kerajaan memberi fokus kepada tiga perkara utama, iaitu:-
- Agenda Pemulihan Ekonomi
- Membina Semula Daya Ketahanan Negara
- Memangkin Pembaharuan
Kerajaan juga telah mengagihkan sebanyak RM332.1 bilion untuk menjayakan Belanjawan 2022.
Terdapat banyak usaha dan bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat Malaysia untuk Belanjawan kali ini, namun Belanjawan kali ini bersifat tidak mesra pelabur terutamanya pelabur saham.
Antara perkara yang memberikan kesan kepada pelaburan untuk belanjawan kali ini adalah seperti:-
- Peningkatan kos Setem Duti
- Penghapusan had RM200 untuk Setem Duti
- Cukai Makmur
Tiga perkara di atas yang berkait rapat dengan pelaburan saham ini telah mengakibatkan Bursa Malaysia dibuka rendah pada 1 November 2021 baru-baru ini.
Sumber :
Peningkatan Kos Setem Duti Untuk Pelaburan
Jika sebelum ini kos setem duti hanya 0.1% daripada jumlah dagangan, tetapi bermula Januari 2022, kos tersebut akan meningkat kepada 0.15% daripada jumlah dagangan pelabur.
Bukan itu sahaja, kos setem duti ini juga dahulunya terhad kepada RM200 sahaja tetapi bermula pada tahun 2022, kerajaan telah menghapuskan had tersebut dan ianya akan meningkatkan kos pelabur terutamanya mereka yang melabur dengan modal yang besar.
Dengan peningkatan kos pelaburan ini, pelabur tempatan dan juga pelabur asing akan terkesan dan ini juga telah menyebabkan kemasukan pelabur asing terbantut selepas pembentangan Belanjawan.
Sumber: The Star
Keratan akhbar daripada The Star menyatakan bahawa kemasukan pelabur asing dalam Bursa Malaysia berkurangan kepada RM1.44 juta pada 1 November 2021.
Dengan peningkatan kos ini, pelabur tempatan dan juga pelabur asing mungkin mencari pasaran saham alternatif di negara lain yang menawarkan kos pelaburan yang lebih mesra pelabur.
Cukai Makmur Kepada Syarikat Yang Untung Lebih RM100 Juta
Sumber: The Edge
Windfall Tax yang diperjuangkan YB Syed Saddiq di parlimen akhirnya menjadi kenyataan tetapi bukan hanya kepada syarikat pengeluar sarung tangan getah, tetapi kepada semua syarikat yang menjana keuntungan bersih sebelum cukai melebihi RM100 juta pada tahun penilaian 2022.
Cukai ini dinamakan sebagai Cukai Makmur untuk membantu negara meningkatkan hasil dalam menjayakan Belanjawan kali ini. Cukai ini juga bersifat one-off sahaja.
Sebanyak 33% cukai dikenakan kepada keuntungan bersih syarikat sebelum cukai dan antara syarikat yang dikenakan adalah seperti:-
- Malayan Banking Berhad
- Public Bank Berhad
- Tenaga Nasional Berhad
- Petronas Gas Berhad
- Top Glove Corp Berhad
Cukai yang dikenakan ini akan mengakibatkan keuntungan syarikat berkurangan dan berkemungkinan besar jumlah dividen yang akan diberikan kepada pelabur juga akan berkurangan.
Sekali lagi pelabur antara yang menjadi mangsa kepada pembentangan Belanjawan 2022 ini.
Sebagai pelabur, apa reaksi anda kepada Belanjawan 2022 yang diumumkan baru-baru ini? Sanggup berkorban demi pemulihan negara atau mencari pasaran saham alternatif di luar negara?

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet




