Selepas kami menganjurkan beberapa siri webinar, boleh disimpulkan kebanyakan pelabur baru tidak berminat pun nak belajar analisis fundamental (FA) dan analisis teknikal (TA). Mereka lebih gemar mengharapkan buy call. Untung, bangga bagitau kawan-kawan. Rugi, mereka maki sumber buy call.
Dalam pelaburan saham, pelabur biasanya akan menggunakan dua teknik menganalisa iaitu analisis fundamental dan juga analisis teknikal.
Jika kita tidak tahu saham apa yang hendak dibeli, kita akan melakukan kajian fundamental tetapi jika kita tidak tahu bila masa untuk membeli sesuatu saham, kita akan membuat kajian teknikal saham tersebut.
Baca: Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham Ini?
Jika kita membuat kajian pada carta pula, kita akan mencari signal atau tanda-tanda sudah boleh beli.
Ada yang bersungguh-sungguh mempelajari pelbagai indikator untuk mencari buy signal daripada carta tetapi kesudahannya masih tidak menjumpai tanda-tanda yang dicari.
Sebenarnya tidak susah pun nak mencari buy signal yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menjadi. Ianya semudah 1, 2 dan 3.
Artikel kali ini akan menerangkan tanda yang perlu pelabur perhatikan sebelum memasuki pasaran. Teknik ini dinamakan forming pattern 1,2,3.
Cari Tanda Forming Pattern 1,2,3 Sebelum Beli Saham
Sumber :
Carta di atas menunjukkan saham ini sedang cuba untuk membuat perubahan trend daripada downtrend kepada uptrend. Daripada carta ini, di mana signal belian yang patut pelabur masuk?
Jika menggunakan teknik reversal, pelabur boleh masuk pasaran lebih awal namun teknik ini agak berisiko jika ianya gagal meneruskan kenaikan pada hari-hari berikutnya.
Oleh itu, satu teknik yang berisiko lebih rendah boleh digunakan iaitu dengan mencari forming pattern 1, 2 dan 3.
Sumber :
Kemudian pastikan di mana posisi high, higher low dan juga higher high pada carta seperti yang ditunjukkan di atas.
Sumber :
Kemudian lukiskan forming pattern 1, 2, 3 tersebut pada carta seperti yang ditunjukan di atas. Persoalannya, nak beli di mana?
Carta: TradingView
Untuk membeli pula, kita perlu tunggu signal daripada candlestick saham tersebut untuk membuat breakout dan membentuk marubozu atau cukup sekadar candlestick hijau seperti gambar di atas.
Betul ke boleh menjadi cara macam ni?’
Mari kita lihat apa yang terjadi kepada pergerakan harga saham selepas membuat forming pattern 1, 2, 3.
Sumber :
Jika kita perhatikan saham di atas, selepas signal belian yang dibulatkan, saham ini membuat fasa accumulation untuk tempoh masa tertentu sebelum ianya menyambung membuat kenaikan pada hari-hari berikutnya.
Sumber :
Sama juga dengan carta untuk saham kedua ini, forming pattern 1, 2, 3 telah terbentuk dan candlestick hijau yang panjang muncul menandakan signal belian terhadap saham ini juga sudah muncul.
Sumber :
Hasilnya sama seperti saham pertama tadi, saham ini membuat pullback sebelum harganya menyambung kenaikan yang lebih tinggi pada hari-hari berikutnya.
Berikut merupakan kaedah pembelian berdasarkan signal daripada carta yang mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding cara yang lain.
Namun pelabur perlu ingat, pergerakan harga saham ini adalah disebabkan oleh supply and demand sesuatu saham tersebut dan ianya bukan hanya bergantung kepada pembentukan candlestick pada carta.
Baca: Kenapa Saham Dah Buat Breakout Tetapi Tak Menjadi?
Jika tidak menjadi, pelabur perlu tahu apa nak dibuat untuk meminimakan kerugian dalam pelaburan.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




