• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Minggu Lepas, Catat Aliran Masuk Bersih RM587.61 Juta

in Hebahan
A A
Kredit gambar: New Straights Times

Kredit gambar: New Straights Times

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu ketiga berakhir pada 22 Okt, dengan aliran masuk bersih RM587.61 juta berbanding RM924.77 juta minggu sebelumnya, menyaksikan purata penyertaan sebanyak 26.3 peratus daripada 18.4 peratus sebelumnya, kata MIDF Research.

“Ketika pasaran dibuka semula pada hari urus niaga Isnin minggu lepas, institusi dan peruncit tempatan merupakan penjual bersih, masing-masing dengan jumlah RM215.79 juta dan RM22.20 juta, manakala pelabur asing pula adalah pembeli bersih dengan nilai RM237.99 juta,” katanya dalam laporan dana mingguannya hari ini.

MIDF berkata tidak termasuk cuti umum iaitu pada hari Selasa, pelabur asing adalah pembeli bersih untuk setiap hari pada minggu berkenaan, dan aliran masuk asing terbesar dicatatkan pada hari Rabu manakala aliran masuk paling sedikit pada Khamis, masing-masing berjumlah RM237.99 juta dan RM16.78 juta.

“Bagi peruncit, mereka adalah penjual bersih untuk sebahagian besar minggu berkenaan kecuali pada Rabu dan Khamis.

“Penjualan bersih terbesar oleh peruncit dicatatkan pada hari Isnin dan pembelian bersih terbesar adalah pada hari Khamis, masing-masing sebanyak RM22.20 juta dan RM95.39 juta,” tambahnya.

Secara kumulatif untuk minggu urus niaga berkenaan, peruncit bersih membeli ekuiti bernilai RM74.83 juta di Bursa, katanya.

“Sementara itu, institusi tempatan mencatat penjualan bersih mingguan terkumpul sebanyak RM662.44 juta dengan jumlah terbesar sebanyak RM243.95 juta pada Rabu sementara jumlah paling kecil pada Jumaat iaitu RM90.53 juta,” katanya.

MIDF berkata sejak awal 2021, secara kumulatif, peruncit merupakan satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti Malaysia dengan nilai RM10.40 bilion.

“Manakala institusi tempatan dan pelabur asing adalah penjual bersih masing-masing RM8.22 bilion dan RM2.18 bilion.

“Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kedudukan jualan bersih pelabur asing dilihat terus menurun. Ia adalah sebanyak -RM3.75 bilion sejak awal tahun sehingga kini setakat akhir September 2021,” katanya.

Dalam kalangan pasaran Asia Tenggara, Malaysia (US$141.18 juta), Thailand (US$260.89 juta), Indonesia (US$229.69 juta) dan Filipina (US$20.40 juta) mencatat aliran masuk pelabur asing minggu lepas.

– BERNAMA

Share234ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In