Rata-rata masyarakat sibuk bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang. Namun, disebabkan cabaran ekonomi masa kini menyebabkan ramai orang perlu mencari pendapatan tambahan untuk memenuhi keperluan harian.
Siang dah sibuk bekerja, pasti agak sukar untuk melakukan kerja sampingan pada waktu malam pula. Kekurangan masa bersama keluarga serta kesihatan diri boleh terjejas sekiranya kita bekerja siang dan malam.
Ramai mula melihat peluang dalam pelaburan saham sebagai alternatif untuk mencari pendapatan tambahan. Tindakan ini merupakan satu langkah yang bijak kerana semua orang boleh melakukannya dengan syarat mempunyai ilmu yang betul.
Sekiranya anda memilih untuk kekal bekerja dari 9 pagi sehingga 5 petang dan mahu turut melabur saham, anda sesuai menggunakan teknik swing. Terdapat 4 jenis trader iaitu scalper, intraday, swing dan position trader.
Baca: 4 Jenis Trader Dalam Saham. Anda Yang Mana Satu?
Sekiranya berfikir secara logik, sudah tentu orang yang sibuk bekerja tidak sesuai menggunakan teknik scalper dan teknik intraday betul tak? Waktu bekerja pun sama dengan waktu pasaran Bursa Malaysia dibuka. Bagaimana nak buka trading platform sepanjang masa waktu bekerja? Maka, gunalah teknik swing yang tidak memerlukan anda berada di hadapan trading platform setiap masa.
Teknik swing adalah satu teknik yang memerlukan pelabur untuk memegang saham selama beberapa hari sehingga beberapa minggu untuk mendapatkan pulangan.
Pemilihan saham yang betul serta penguasaan teknik swing ini sangat penting agar pelabur tidak membuat kesilapan dalam pelaburan saham.
Dengan teknik swing, anda berpotensi mendapat pulangan yang tinggi.
Baca: Untung Lebih 30% Dengan Teknik Swing Trading
Terdapat juga satu cabang dari teknik swing ini yang popular digunakan. Teknik ini membolehkan anda membuat keuntungan beberapa kali dengan hanya satu saham. Nak belajar ilmu ini?
Baca: Teknik Swing Trading Yang Popular, ‘Stuck In A Box’
Sekarang anda rasa teknik swing sesuai dengan diri anda? Ada satu lagi tips yang kami ingin kongsikan kepada anda. Mesti anda nak tahu bagaimana swing trader meletakkan queue order sedangkan mereka perlu masuk ke pejabat pada jam 9 pagi.
Baca: Tiada Masa Labur Saham, Ini Yang Swing Trader Buat
Sebelum anda memilih untuk mengaplikasikan teknik swing, sebaiknya anda mendapatkan ilmu teknik ini terlebih dahulu. Selepas itu, barulah anda mengaplikasikan teknik tersebut di pasaran saham.
Kami berharap anda semua akan berjaya dalam pelaburan saham menggunakan teknik swing dan semoga anda konsisten menjana keuntungan pada setiap bulan.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!