Dunia kekurangan cip komputer atau dikenali sebagai semikonduktor menjejaskan pengeluaran produk elektronik dunia
Dunia teknologi hari ini menyebabkan kita bergantung kepada barangan elektronik seperti komputer dan juga telefon pintar terutamanya untuk menjalani kehidupan seharian kita.
Dengan permintaan yang semakin meningkat ini, dunia dilaporkan kekurangan cip komputer yang dikenali sebagai semikonduktor sehingga menjejaskan pengeluaran produk daripada pengusaha barangan elektronik dunia.
Padanlah susah betul PS5 nak ada stock
Perkembangan teknologi hari ini menyebabkan permintaan terhadap semikonduktor ini meningkat dengan mendadak mungkin akan memberikan kesan positif kepada pertumbuhan syarikat untuk masa akan datang.
Mari kita lihat lima syarikat semikonduktor yang terbaik di pasaran Wall Street.
1. Advance Micro Device Inc (AMD)
Advance Micro Device merupakan syarikat pengeluar semikonduktor terbesar dunia. Harga saham syarikat ini adalah sekitar USD101.00 dan mempunyai nilai pasaran lebih daripada USD121.72 bilion.
Sumber :
Harga saham ini pada 4 Januari 2021 adalah sekitar USD92.40 seunit dan pernah membuat kenaikan sehingga 28.0% sebelum harga sahamnya jatuh pada paras sekitar USD100.00 seunit pada 29 September 2021. Untuk tempoh 5 tahun terkini, kenaikan saham ini mencecah melebihi 1000%.
Antara produk yang popular kita boleh temui yang menggunakan cip AMD ini adalah daripada produk permainan video seperti Play Station dan juga XBox.
2. Intel Corporation (INTC)
Intel Corporation juga antara pengeluar cip komputer yang kerap dilihat pada komputer peribadi terutamanya. Syarikat ini mempunyai nilai pasaran lebih daripada USD221.7 bilion dan harga saham ini didagangkan sekitar USD53.49 seunit pada 29 September 2021.
Sumber :
Harga saham syarikat ini bermula dengan hanya USD49.67 seunit sebelum membuat kenaikan sehingga 37% sebelum saham ini jatuh dengan ketara selepas pengumuman laporan kewangan syarikat diumumkan.
Pesaing utama syarikat ini pula adalah syarikat seperti AMD dan juga Samsung.
Baca: 8 Fakta Menarik Tentang Intel Corporation (INTC)
3. ASML Holding (ASML)
ASML Holding N.V. merupakan syarikat merekabentuk mesin lithography yang merupakan komponen penting dalam pembuatan cip. Harga saham syarikat ini pada 29 September 2021 adalah sekitar USD750.42 seunit dan syarikat ini mempunyai nilai pasaran melebihi USD316.4 bilion.
Sumber :
Harga saham ini pada 4 Januari 2021 adalah sekitar USD500 seunit dan telah membuat kenaikan sehingga 380% dalam tempoh 9 bulan sebelum harga sahamnya jatuh sedikit dan berada pada USD750 seunit pada 29 September 2021.
ASML juga mengawal sekitar 90% pasaran pembuatan mesin lithography dan pelanggan mereka terdiri daripada jenama besar seperti TSMC, INTEL dan juga Samsung.
4. Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSM)
Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSM) merupakan syarikat yang terlibat dengan pembuatan dan jualan litar bersepadu serta produk semikonduktor.
Harga saham syarikat ini adalah sekitar USD111.62 seunit pada 29 September 2021 dan mempunyai modal pasaran lebih daripada USD540.43 bilion.
Sumber :
Pada 4 Januari 2021, harga saham ini bernilai USD111.70 dan pernah membuat kenaikan sehingga mencecah 26% sebelum harganya jatuh menghampiri harga pada awal Januari tahun 2021 ini.
Antara pelanggan utama syarikat ini adalah terdiri daripada jenama besar seperti AMD, Apple, ARM dan juga NVIDIA.
5. NVIDIA Corporation (NVDA)
NVIDIA Corporation terkenal dengan pengeluar kad grafik komputer yang canggih kepada pelanggan mereka. Pada 29 September 2021, saham syarikat ini bernilai USD205.17 dan nilai pasaran syarikat ini mencecah sehingga USD512.1 bilion.
Sumber :
Harga saham ini pada 4 Januari 2021 adalah sekitar USD131.14 seunit dan telah mencatatkan peningkatan sehingga lebih daripada 70% sebelum harganya jatuh pada USD205.17 seunit pada 29 September 2021.
NVIDIA telah bekerjasama dengan pengeluar kenderaan mewah, Mercedes-Benz untuk menghasilkan kenderaan generasi baru yang dikuasai dengan Artificial Intelligent (AI).
Baca: 9 Fakta Menarik Tentang NVIDIA Corporation (NVDA)
Berikut merupakan saham-saham yang berkaitan dengan semikonduktor yang boleh pelabur perhatikan untuk kajian saham di peringkat antarabangsa.
Yang bestnya, kesemua saham di atas ini merupakan saham patuh syariah mengikut saringan daripada platform MIDF Invest.
Baca: Trade Saham Global Dengan MIDF Invest? Ini Cara Mudah Untuk Buka Akaun
Jadi, dah tak perlu ragu-ragu jika nak membeli saham ini nanti.
Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet